Skip to main content

Singapura

Pameran Haji khas ajak orang ramai susur perjalanan jemaah haji sejak zaman-berzaman

Presiden Halimah Yacob merasmikan pameran khas berjudul "Undangan ke Baitullah: Kisah-kisah Haji dan Dunia Melayu ke Makkah" malam ini tadi (12 Okt).

Anggaran Waktu Membaca:
Pameran Haji khas ajak orang ramai susur perjalanan jemaah haji sejak zaman-berzaman

Presiden Halimah Yacob merasmikan pameran "Undangan ke Baitullah: Kisah-kisah Haji dan Dunia Melayu ke Makkah". (Gambar: BERITAmediacorp)

Diterbitkan : 12 Oct 2018 09:45PM Dikemas Kini : 13 Oct 2018 07:47AM

SINGAPURA: Presiden Halimah Yacob merasmikan pameran khas berjudul "Undangan ke Baitullah: Kisah-kisah Haji dan Dunia Melayu ke Makkah" malam ini tadi (12 Okt).

Ini kali pertama sebuah pameran khas yang menyusur perjalanan jemaah haji Melayu sejak zaman-berzaman, dianjurkan Taman Warisan Melayu.

Related article image

(Gambar-gambar: BERITAmediacorp)

Mulai esok hingga 23 Jun 2019, orang ramai boleh meninjau pameran itu, yang meneroka peranan Kampong Gelam sebagai persinggahan penting bagi orang-orang Islam di nusantara ini, di mana mereka memulakan perjalanan haji, antara lewat abad ke-19 hingga awal tahun-tahun 1970-an.

Related article image

Pameran haji tersebut terbahagi kepada tiga galeri yang memaparkan sejarah dan warisan haji di Singapura dan dunia Melayu, kepelbagaian cara orang ramai mengingati haji serta ekspresi ibadah dan keimanan yang ditonjolkan melalui pelbagai bentuk seni.

Related article image

Sudut pandangan Asia Tenggara mengenai ibadah haji turut dibentangkan melalui kisah-kisah peribadi perjalanan haji orang Melayu Singapura dan masyarakat Muslim lain di rantau ini.

"Para pengunjung akan dapat melihat bahan-bahan pameran yang merangkumi berbagai-bagai negara tentang pengalaman haji dari rantau nusantara," kata Kurator Pameran Suhaili Osman. 

Related article image

Lebih daripada 160 artifak dipaparkan termasuk barangan peribadi milik keluarga jemaah-jemaah haji di Singapura.

Bagi saling melengkapi pameran ini, Taman Warisan Melayu turut melancarkan edisi ketujuh Pesta Budaya Melayu yang akan diadakan sepanjang tiga hujung minggu Oktober ini.

"Pesta Budaya Melayu tahun ini bertemakan nilai dan juga ekspresi keagamaan dan keimanan," dedah Pengurus Program Jamal Mohamad.

Sempena pesta itu, persembahan-persembahan dari seluruh Nusantara yang bercirikan keagamaan akan diadakan bagi mempamerkan satu keunikan baru, tambah Encik Jamal. 

Sumber : BERITA Mediacorp/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita