Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pameran bergerak tawar kursus kerjaya dalam ICT

Satu siri pameran bergerak serta webinar kemahiran teknologi dan digital diadakan untuk menggalak lebih ramai rakyat Singapura menceburi kerjaya dalam sektor teknologi infokom (ICT).

Anggaran Waktu Membaca:
Pameran bergerak tawar kursus kerjaya dalam ICT

Pameran Bulan SkillsFuture X Negara Bijak di Hab Tampines Kita (OTH) pada 31 Julai 2021.

Diterbitkan : 31 Jul 2021 11:54PM Dikemas Kini : 31 Jul 2021 11:59PM

SINGAPURA: Satu siri pameran bergerak serta webinar kemahiran teknologi dan digital diadakan untuk menggalak lebih ramai rakyat Singapura menceburi kerjaya dalam sektor teknologi infokom (ICT).

Kini, peluang disediakan bagi rakyat tempatan menimba kemahiran digital terutama sekali mereka yang tidak mempunyai sebarang latar belakang dalam bidang teknologi, dengan lebih 18,000 peluang pekerjaan dan latihan ditawarkan.

Menteri Bertanggungjawab bagi Negara Bijak dan Keselamatan Siber Josephine Teo berkata webinar percuma itu amat berguna bagi mereka yang berminat dalam pekerjaan teknologi ringan.

Ini termasuk peranan dalam pemasaran digital dan berinteraksi dengan teknologi.

Satu daripada tiga jawatan ICT melibatkan pekerjaan teknologi ringan yang tidak memerlukan pensijilan rasmi.

Cik Teo menambah peluang pekerjaan ini juga perlu diisi dan dibuka kepada pelbagai lapisan usia.

"Jika anda seorang individu pertengahan kerjaya, sesetengah (daripada anda) mempunyai kemahiran teknologi berkaitan, sesetengah pula langsung tidak mempunyai latar belakang digital. Kedua-duanya mempunyai titik kemasukan berbeza. Bekerjasama dengan mereka, mengenal pasti di manakah peluangnya serta jurang yang boleh diatasi," kata Cik Teo selepas mengunjungi pameran Bulan SkillsFuture X Negara Bijak di Hab Tampines Kita (OTH) pada Sabtu (31 Jul).

Sehingga Februari lalu, lebih 13,600 pencari kerja ditempatkan dalam pekerjaan ICT dan program pelatihan SGUnited.

"Adalah satu tanggapan salah bahawa amat sukar untuk menceburi (bidang) teknologi," kata Keith Carter, Profesor Madya di Sekolah Pengkomputeran Universiti Nasional Singapura (NUS).

"Bahkan, teknologi memerlukan semua set kemahiran berbeza, anda perlu ada set kemahiran psikologi, penulisan, kesenian. Kita tidak akan sukakan aplikasi di telefon bijak itu melainkan ia benar-benar direka bentuk dengan betul," ujarnya.

"Justeru, mereka harus berfikir 'bagaimana saya boleh berjaya' dan dengan itu, sesiapa sahaja boleh menembusi sektor teknologi," 

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan