Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pameran baru Muzium Negara imbau kembali teknologi 1970-an hingga 2000-an

Anggaran Waktu Membaca:
Pameran baru Muzium Negara imbau kembali teknologi 1970-an hingga 2000-an

Gambar: National Museum of Singapore

SINGAPURA: Pengunjung ke Muzium Negara berpeluang mengimbau perkembangan teknologi yang mencorak kehidupan harian sebelum zaman telefon bijak dan komputer riba.

Pameran tersebut akan berlangsung hingga Oktober depan.

"Ia memberikan peluang bagi pengunjung untuk berinteraksi bersama pelbagai elemen yang interaktif, seperti dalam sebuah pejabat, anda boleh menaip di mesin menaip lama dan anda juga boleh melihat bagaimana suasana pada tahun 70-an dan 80-an, dan bagaimana teknologi digunakan pada masa itu," ujar Nurraihan Abdul Hamid, Pengurus Pemasaran Strategik & Perhubungan Muzium Negara Singapura.

Selain ruang pejabat, pameran itu juga menampilkan peranti perhubungan yang sudah luput ditelan zaman seperti telefon awam dan alat kelui.

Pengunjung juga boleh mengenang kembali evolusi permainan video dan alat-alat hiburan di dalam rumah.

Menjelang waktu malam, sebuah ruang berubah menjadi 'escape room' di mana kecerdasan peserta diuji hingga berhasil meloloskan diri.

Orang ramai juga dipelawa menyumbang peranti yang digunakan mulai tahun 2000 hingga ke hari ini bagi membantu memperkaya koleksi kontemporari Muzium Negara.
 

Sumber : Agensi berita/ZM/kf
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan