Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pameran baru di Taman di Pesisiran imbas pelayaran pertama keliling dunia

Pameran terbaru 'Encounter Between Three Worlds' di Taman di Pesisiran memaparkan pelayaran pertama keliling dunia lebih 500 tahun lalu oleh pengembara Sepanyol, Ferdinand Magellan.

Anggaran Waktu Membaca:
Pameran baru di Taman di Pesisiran imbas pelayaran pertama keliling dunia

Petikan dari laman Taman di Pesisiran.

SINGAPURA: Pameran terbaru 'Encounter Between Three Worlds' di Taman di Pesisiran memaparkan pelayaran pertama keliling dunia lebih 500 tahun lalu oleh pengembara Sepanyol, Ferdinand Magellan.

Peta, carta dan ilustrasi menggambarkan penemuan penting daripada ekspedisi selama tiga tahun itu dalam abad ke-16.

Misalnya, pelayaran itu membuktikan bahawa bumi ini bulat.

Pengembaranya juga menemui Lautan Pasifik serta jalan laut di Chile.

Penemuan-penemuan seperti itu meletakkan asas bagi perdagangan antarabangsa menerusi jalan laut dan apa yang kita kenali sekarang sebagai kesejagatan atau globalisasi.

Meskipun Sepanyol dan Portugal bersaing dalam perdagangan rempah ratus pada masa lampau, pameran itu dianjurkan oleh kedutaan kedua-dua negara dan Chile di Singapura.

Sumber : CNA/AI/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan