Pameran 'Awesome Women of Singapore' iktiraf, sanjung sumbangan wanita kepada ibu pertiwi
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Satu pameran bergerak yang memaparkan kisah-kisah wanita tempatan kini dibuka kepada orang ramai.
Dianjurkan oleh Singapore Council of Women’s Organisations (SCWO), pameran 'The Awesome Women of Singapore' meraikan ulang tahun ke-10 Dewan Kemasyhuran Wanita Singapura.
Antara tujuh bahagian dalam pameran tersebut adalah sebuah galeri inspirasi yang memaparkan 192 wanita yang disenaraikan dalam Dewan Kemasyhuran Wanita Singapura, yang ditubuhkan SCWO pada 2014 untuk menghargai pencapaian para wanita tempatan dalam pelbagai bidang.
Ciri interaktif 'The Hidden Heroes' mengajak orang ramai untuk berkongsi kisah-kisah wanita tempatan yang menyuntik inspirasi atau meninggalkan kesan pada kehidupan mereka, sama ada ibu, ibu saudara, rakan sedarjah atau guru.
Pencalonan boleh dibuat menerusi borang online, yang akan dikumpulkan oleh SCWO bagi pameran akan datang. Sebahagianya dipaparkan dalam pameran sedia ada.
Satu lagi bahagian adalah versi dikemas kini dan ringkas pameran sebelum ini, 'The Lives of Women' yang meneroka isu-isu yang dialami kaum hawa di Singapura sejak 1965.

Para pengunjung juga boleh menikmati sesi bercerita dan bengkel-bengkel kraf tangan, selain tembok mesej dan pameran buku yang menarik perhatian kepada isu-isu wanita.
Pameran itu akan dibawa ke perpustakaan lain dalam masa beberapa bulan mendatang:
Sedang berlangsung sekarang sehingga 29 Disember 2024: Perpustakaan Daerah Woodlands, Tingkat 1
2 Januari sehingga 30 Januari 2025: Perpustakaan Awam Ang Mo Kio, Tingkat 1 dan 2
3 Februari sehingga 27 Februari 2025: Perpustakaan Daerah Tampines, Tingkat 2
"Belum banyak buku-buku sejarah tentang peranan wanita dalam pembangunan negara kita," kata Presiden SCWO Dr Seow Yian San, di acara pelancaran pameran itu awal bulan ini.
"Anak-anak kita perlu menyedari bahawa wanita banyak menyumbang kepada masyarakat."

Sumber : CNA/NK/nk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.