Skip to main content

Singapura

Pameran 'The Albatross File: Inside Separation' papar pelbagai peristiwa bentuk SG

Anggaran Waktu Membaca:
Pameran 'The Albatross File: Inside Separation' papar pelbagai peristiwa bentuk SG
Perdana Menteri pertama Singapura Lee Kuan Yew dan Timbalan Perdana Menteri Toh Chin Chye pada paparan yang dilihat semasa pratonton media pameran The Albatross File: Singapore's Independence Declassified di Bangunan Perpustakaan Negara. (Gambar: CNA/Wallace Woon)
 
Diterbitkan : 28 Nov 2025 11:43PM Dikemas Kini : 26 Dec 2025 12:31AM
SINGAPURA: Anda tidak lama lagi berpeluang meneroka peristiwa-peristiwa yang membentuk negara ini - daripada penggabungan yang gagal dengan Malaysia, kepada perpisahan bersejarah Singapura sehingga pembentukan sebuah identiti yang tersendiri.

Sebuah pameran tetap baharu di Bangunan Perpustakaan Negara akan membawa para pengunjung menyelami masa-masa lalu menerusi penceritaan yang imersif.

Turut dipaparkan - artefak dan dokumen asal yang belum pernah terlihat sebelum ini.

Pameran tersebut akan dibuka kepada orang ramai mulai 8 Disember.

Anda boleh mengunjunginya secara percuma.

Meraikan 60 tahun kemerdekaan Singapura, pameran ini dibahagikan kepada empat zon.

Tarikan utama - dinding interaktif ini, yang membawa para pengunjung menyusuri detik-detik penting yang membawa kepada perpisahan Singapura dari Malaysia pada 9 Ogos 1965.

Anda juga boleh menjejak pergerakan tokoh-tokoh utama yang berperanan dalam peristiwa itu menerusi set dramatik bergelar 'Spacetime Clock'.

Menurut pasukan di sebalik pameran ini, yang bersandarkan kepada buku "The Albatross File: Inside Separation" yang bakal diterbitkan - mereka mengambil masa selama setahun untuk mengumpukan semua bahan-bahan yang dipaparkan.

Pengarah Eksekutif Kreatif, Pameran 'Albatross File'
Ketua Pustakawan & Ketua Pegawai Inovasi, NLB Gene Tan berkata: "Saya percaya bahawa emosi adalah cara terbaik untuk menyampaikan maklumat.

"Jadi saya terfikir, apa kata jika saya mencipta pameran sejarah yang penuh emosi, kerana biasanya pameran sejarah penuh dengan bahan, dan terdapat banyak yang harus kita selidiki.

"Jadi, walaupun terdapat banyak yang harus diterokai di pameran ini, kami mahu orang ramai untuk merasakan sendiri sejarah, kerana dengan itu, mereka dapat memahami sejarah."
Sumber : CNA/aI/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita