Skip to main content

Singapura

Pall Corporation akan gandakan kapasiti pengeluaran di SG, buka kemudahan baharu $200 juta

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 13 Jun 2024 08:43PM Dikemas Kini : 13 Jun 2024 08:47PM
SINGAPURA: Firma huraian penapisan dari Amerika Syarikat, Pall Corporation, akan menggandakan kapasiti pengeluarannya di Singapura menerusi sebuah kemudahan baharu bernilai S$200 juta.

Kilang tersebut adalah yang kedua baginya di rantau ini.

Ia menghasilkan produk penapisan mikroelektronik yang digunakan dalampenghasilan cip-cip semikonduktor gred tinggi.

Pelaburan Pall Corporation itu dijangka mencipta sehingga 300 pekerjaan baharu di Singapura dalam masa beberapa tahun ini.

Syarikat itu juga akan bekerjasama dengan institut-institut kajian tempatan bagi memperdalamkan lagi kepakarannya dalam teknologi pengilangan berdaya tambah.

Menteri Negara, Perdagangan dan Perusahaan, Alvin Tan berkata: "Kami menjangkakan pelaburan lanjut daripada syarikat-syarikat merentasi rantaian nilai semikonduktor - daripada penghasilan wafer kepada pembungkusan dan ujian canggih; daripada penghasilan substrat kepada pembuatan pelitup; dan daripada penghasilan peralatan yang membolehkan penghasilan cip canggih, kepada penapis ME yang memastikan ketulenan tinggi bahan kimia dalam cip."

Sementara itu, Encik Naresh Narasimhan, Eksekutif Danaher Group, Pall Corporation menambah: "Kami mencari kemahiran, yang mungkin kemahiran asas kimia dan fizik buat masa ini, tetapi ia tidak terhad kepada pengilangan. Tetapi lebih kepada teknologi dan prosesnya."
Sumber : CNA/AT/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita