Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Palang Merah S'pura lancar program galak belia jadi relawan kerja bantuan kemanusiaan

Anggaran Waktu Membaca:
Palang Merah S'pura lancar program galak belia jadi relawan kerja bantuan kemanusiaan

Tangkapan skrin siaran upacara pelancaran Hab Belia menerusi Zoom (Gambar: Red Cross Youth Singapore/Facebook)

SINGAPURA: Terdapat lebih banyak peluang bagi belia melibatkan diri dalam kerja-kerja bantuan kemanusiaan.

Palang Merah Singapura melancarkan Hab Belia untuk memperkenalkan selok-belok tugasannya kepada orang ramai.

Hab Belia, yang terletak di kem Palang Merah di Opera Estate, akan dibuka kepada awam.

Para pengunjung boleh menyertai pelbagai kegiatan, termasuk mempelajari kemahiran asas menyelamatkan nyawa.

Kanak-kanak juga boleh berdaftar dalam kelab junior. Ia akan mendampingi kanak-kanak berusia lima hingga sembilan tahun menerusi kegiatan seperti khidmat masyarakat, seni dan kraf tangan serta sambutan perayaan.

Palang Merah Singapura berharap lebih ramai belia akan tampil menyahut cabaran-cabaran kemanusiaan - dari perubahan iklim hingga ke pandemik global.

"Belia Palang Merah akan mengalihkan fokus kegiatan kurikulumnya dan program-program untuk meliputi perkara-perkara seperti perubahan iklim dan kemampanan, menerajui sokongan psikososial dan kesejahteraan mental di sekolah-sekolah, daya bingkas masyarakat selain memain peranan strategik untuk menjadikan perbuatan derma darah sebagai gerakan bersemangat dalam masyarakat, terutama dalam kalangan belia," kata Setiausaha Agung merangkap CEO Palang Merah Singapura, Encik Benjamin William.

"Inisiatif-inisiatif itu memainkan peranan yang bukannya kecil dalam membantu membina masyarakat yang selamat dan lebih berbaik budi dengan semangat ihsan serta belas kasihan yang akan benar-benar, secara keseluruhannya, menjadikan Singapura lebih kukuh daripada sumbangan setiap golongan," kata Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia Edwin Tong. 

Sumber : CNA/ZM/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan