Palang Merah Singapura ikrar bekalan bantuan bernilai S$300,000 untuk Gaza
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar fail: Palang Merah Singapura)
SINGAPURA: Palang Merah Singapura menyatakan komitmen untuk menghulurkan bekalan bantuan bernilai S$300,000 kepada Gaza untuk menyokong keperluan masyarakat yang terjejas.
Bantuan kemanusiaan terbaharu itu diumumkan sehari selepas gencatan senjata Israel-Hamas yang berkuat kuasa pada Ahad (19 Jan).
Bungkusan makanan, kit kebersihan dan bekalan perubatan akan dimasukkan dalam bekalan bantuan ini, menurut Palang Merah Singapura dalam kenyataan medianya pada Isnin (20 Jan).
"Palang Merah Singapura gembira gencatan senjata kini berkuat kuasa dan ini memberikan peluang penting untuk meningkatkan bantuan kemanusiaan bagi menangani keperluan mendesak orang awam yang terjejas akibat krisis," kata setiausaha agung dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) pertubuhan kemanusiaan itu, Encik Benjamin William.
"Tumpuan kami adalah untuk terus menyediakan sokongan pantas dan menyelamatkan nyawa - memastikan mereka yang memerlukan jagaan perubatan segera, sokongan psikologi dan bantuan penting akan menerima bantuan yang mereka perlukan."
Palang Merah Singapura menambah ia telah mengagihkan hampir S$1 juta bantuan melalui Persatuan Bulan Sabit Merah Mesir (ERCS).
Ini termasuk pengerahan penyelaras operasi dan pasukan lapan orang untuk membantu ERCS dengan operasi bantuan pada 2024.
Palang Merah Singapura akan terus bekerjasama dengan rakan kongsinya untuk memantau situasi Gaza dan menyesuaikan tindak balasnya untuk memenuhi keperluan masyarakat yang terjejas.
Dana yang diperoleh daripada orang ramai akan secara langsung menyokong masyarakat Palestin yang kehilangan tempat tinggal di Gaza, tambah pertubuhan kemanusiaan itu.
Palang Merah Singapura menyatakan pihaknya juga akan bekerjasama dengan rakan gerakan Palang Merah Bulan Sabit Merah, termasuk ERCS, untuk memastikan bantuan itu diagihkan kepada mereka yang memerlukan.
Ia telah bekerjasama dengan ECRS untuk mendapatkan dan menghantar bekalan bantuan penting melalui sempadan darat di Rafah sejak bermulanya serangan pada 7 Oktober 2023.
Palang Merah Singapura menyatakan ia juga siap sedia untuk menggerakkan penyelaras operasi untuk bekerjasama dengan rakan kongsi darat dalam menyelaraskan bantuan kemanusiaan terkini.
Semasa gencatan senjata, ERCS akan bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk mempergiatkan penghantaran bantuan ke Gaza.
ERCS juga berkongsi bahawa bantuan yang disimpan berhampiran lintasan Rafah sedia untuk dihantar sebaik sahaja sempadan dibuka semula.
Ia juga mempunyai rancangan untuk 600 trak muatan menghantar bantuan dan bahan api setiap hari semasa fasa pertama gencatan senjata.
GENCATAN SENJATA ISRAEL-HAMAS
Pertempuran di Carikan Gaza dihentikan pada Ahad (19 Jan) selepas perjanjian gencatan senjata antara Israel dengan kumpulan Hamas berkuat kuasa.
Gencatan senjata itu menghentikan perang selama 15 bulan yang telah memusnahkan Gaza, membunuh dan mencederakan ribuan penduduk sejak Oktober 2023.
Seramai 33 daripada baki 98 tebusan Israel termasuk wanita, kanak-kanak, lelaki berusia lebih 50 tahun serta tebusan yang sakit dan cedera akan dibebaskan dalam fasa pertama gencatan senjata.
Sebagai pertukaran, Israel akan membebaskan hampir 2,000 tahanan Palestin dari penjaranya.
Perdana Menteri Singapura Lawrence Wong berkata dalam catatan Facebook pada Jumaat (17 Jan) lalu bahawa negara itu mengalu-alukan gencatan senjata dan perjanjian membebaskan tebusan antara Israel dengan Hamas.
"Terdapat terlalu banyak kematian dan penderitaan sejak 15 bulan lalu," kata Encik Wong.
"Secara khususnya, kita perlu segera menamatkan krisis kemanusiaan di Gaza, di mana keadaan terus merosot."
Menteri Ehwal Luar Vivian Balakrishnan menambah bahawa Menteri Kedua Ehwal Luar Mohamad Maliki Osman akan melakukan perjalanan ke Jordan untuk menyampaikan cek kepada pertubuhan amal.
Encik Wong berkata bahawa Singapura dan rakyatnya telah menyumbang bantuan bernilai lebih S$19 juta dan enam bahagian bantuan kepada rakyat Palestin setakat ini.
"Dalam beberapa minggu akan datang, kami berhasrat untuk menghantar bekalan kemanusiaan tambahan. Singapura akan terus melakukan apa yang kami mampu untuk menyokong inisiatif kemanusiaan di Gaza," katanya.

Sumber : CNA/SK/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.