Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Palang Merah Singapura derma AS$100,000 untuk mangsa banjir M'sia & taufan Filipina

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 20 Dec 2021 07:54PM Dikemas Kini : 20 Dec 2021 11:19PM

SINGAPURA: Menyusuli bencana banjir di Malaysia dan taufan di Filipina, Pasukan Palang Merah Singapura berikrar untuk mendermakan gabungan AS$100,000 (S$136,750) bagi bantuan kemanusiaan kepada negara yang terjejas.

Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia dan Palang Merah Filipina masing-masing akan menerima derma sebanyak AS$50,000 (S$68,380) dalam usaha membantu mangsa, menurut Persatuan Palang Merah Singapura dalam kenyataan media hari ini (20 Dis).

Pertubuhan kemanusiaan itu juga akan melancarkan rayuan kepada orang awam untuk membantu mengumpul dana dalam usaha bantuan dan pemulihan bagi masyarakat yang terjejas.

Dana itu akan disalurkan kepada badan-badan pertolongan kecemasan dan pengagihan barangan seperti khemah, makanan panas dan selimut ke pusat-pusat pemindahan.

Media Malaysia melaporkan lima korban jiwa dan 41,000 sudah dipindahkan akibat banjir hunjung minggu lalu (17 Dis) yang menjejas tujuh negeri dan satu kawasan wilayah persekutuan.

Di Filipina, sebanyak 300,000 orang sudah melarikan diri daripada rumah dan resort di depan pantai selepas Taufan Rai membadai negara itu pada Khamis (16 Dis). Persatuan Palang Merah Singapura juga akan memberikan bantuan kepada pertubuhan tempatan untuk mengagihkan barangan seperti air, beras dan barangan pasar kepada 1,000 keluarga dalam enam masyarakat yang memerlukan sokongan.

Ia menambah bahawa "pertolongan psikologi" juga akan diberikan di pusat-pusat permindahan kepada para mangsa yang terjejas.

Setakat hari ini (20 Dis), lebih 200 orang dilaporkan maut.

Persatuan Palang Merah Singapura menyatakan bahawa mereka juga sudah mengaktifkan khidmat mencari rangkaian keluarga untuk membantu warga Singapura untuk mencari anggota keluarga yang mungkin terjejas oleh bencana itu.

Sesiapa yang perlukan bantuan itu boleh menghubungi Persatuan Palang Merah Singapura di rfl [at] redcross.sg. Perincian mengenai dana rayuan awam juga akan disediakan di laman Palang Merah Singapura,https://www.redcross.sg/

Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan