Skip to main content

Singapura

Palang Merah SG tingkatkan usaha bantu kumpulan rentan, warga emas tangani risiko jerebu, haba

Palang Merah Singapura meningkatkan usaha untuk membantu kumpulan rentan daripada risiko jerebu dan haba.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 06 Apr 2026 10:08PM Dikemas Kini : 26 Apr 2026 08:42PM
SINGAPURA: Palang Merah Singapura meningkatkan usaha untuk membantu kumpulan rentan daripada risiko jerebu dan haba.

Dalam tempoh tiga bulan akan datang, para sukarelawan dan rakan masyarakat Palang Merah Singapura menyasarkan untuk membantu 10,000 orang, bermula dengan warga emas.

Golongan tersebut akan meraih manfaat daripada langkah-langkah sokongan seperti pek khas 'care pack' daripada Palang Merah Singapura.

Pek tersebut termasuk barangan seperti pelitup muka, payung dan kipas untuk membantu mengurangkan risiko jerebu dan haba.

Ini kali pertama Palang Merah melancarkan kempen berkaitan haba dan jerebu.

Pek kecemasan sebelum ini diedarkan semasa pandemik.

Satu usaha pengumpulan dana juga menyasarkan S$100,000, yang akan digunakan untuk menyediakan pek tersebut serta sokongan untuk para kakitangan dan sukarelawan.

Bantuan serupa juga dirancang bagi kanak-kanak dan belia dari keluarga berpendapatan rendah serta golongan kurang upaya.
Sumber : CNA/AA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita