Skip to main content

Singapura

Palang Merah SG sumbang S$50,000 bantu mangsa Ribut Tropika Trami di Filipina

Anggaran Waktu Membaca:
Palang Merah SG sumbang S$50,000 bantu mangsa Ribut Tropika Trami di Filipina

(Gambar: John Dimain / AFP)

Diterbitkan : 28 Oct 2024 11:59PM Dikemas Kini : 29 Oct 2024 08:06AM
SINGAPURA: Palang Merah Singapura (SRC) akan menghantar S$50,000 ke Filipina untuk menyokong usaha bantuan bencana menyusuli Ribut Tropika Trami yang menyebabkan kejadian tanah runtuh dan banjir teruk.

Demikian menurut badan amal itu dalam satu kenyataan pada Isnin (28 Okt) yang turut menyeru sumbangan orang ramai untuk menyokong usaha kemanusiaan untuk masyarakat yang terjejas.

Ribut Trami yang dikenali sebagai Kristine oleh penduduk tempatan, telah membawa hujan lebat di seluruh Filipina, menjejaskan lebih 2.6 juta orang.

Lebih 116 orang maut dan 39 lagi masih hilang akibat dilanda Trami, ribut tropika paling dahsyat tahun ini.

Hampir sejuta orang masih berlindung di pusat pemindahan atau bersama saudara-mara setelah kehilangan rumah atau dipindahkan akibat banjir yang dibawa oleh Trami, yang melanda Filipina pada 22 Oktober.

Lebih banyak hujan lebat dan angin kuat dijangkakan, dengan Ribut Tropika Kong-rey diramal melanda Filipina selepas Trami.

Palang Merah Filipina telah mengedarkan lebih 20,000 hidangan panas, dan mengagihkan sumber penting, termasuk trak makanan, bot dan ambulans.
Sumber : CNA/SU/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita