Palang Merah SG sudah hantar bantuan lebih S$1.3 juta ke Gaza, perluas bantuan ke Lubnan
Sepanjang setahun sejak konflik meletus pada 7 Oktober 2023, Palang Merah Singapura (SRC) sudah menghulurkan bantuan kemanusiaan bernilai S$1,304,381 kepada mangsa perang di Palestin.
Anggaran Waktu Membaca:
Sepanjang setahun sejak konflik meletus pada 7 Oktober 2023, Palang Merah Singapura (SRC) sudah menghulurkan bantuan kemanusiaan bernilai AS$1 juta (S$1,304,381) kepada mangsa perang di Palestin.
Dalam masa kurang dua minggu konflik itu meletus, SRC mengumpul dana dan menghantar barangan keperluan bernilai AS$150,000.
Sejak itu, lagi tiga pusingan barangan bantuan sudah dihantar ke Gaza dan yang terbaharu adalah pada bulan lalu (Sep 2024).
Selain bekalan makanan, bantuan yang dihulurkan termasuk peralatan perubatan, sistem penapisan air, dan juga mendirikan sebuah dapur kecemasan.
CABARAN MENGHANTAR BEKALAN BANTUAN
Pergolakan yang terus menerus berlaku menyukarkan lagi misi kemanusiaan dan juga mengancam keselamatan anggota mereka yang cuba melaksanakan misi-misi demikian.
"Dengan banyak kemusnahan infrastruktur seperti pergudangan dan jalan raya, ini membuat penghantaran barangan kepada masyarakat yang terjejas amat rumit. Lintasan Rafah sudah ditutup. Hanya ada satu lintasan iaitu Kerem Shalom. Kapasiti kemasukan juga adalah terhad. Jadi tidak banyak trak dibenarkan melalui lintasan ini. Prosesnya amat rumit dan memakan masa. Oleh kerana kerumitan ini, kadang-kadang kalau barang-barang makanan yang mempunyai jangka hayat yang pendek, ianya akan terjejas. Jadi ini adalah antara cabaran yang para anggota pasukan kemanusiaan menghadapi apabila memberi bantuan kemanusiaan kepada masyarakat di Gaza," kata Pengarah Kumpulan, SRC, Encik Sahari Ani kepada wartawan Syawal Yusoff.
Encik Sahari merupakan antara pegawai SRC yang menyertai kontinjen pertama yang melaksanakan misi bantuan ke Gaza pada Oktober tahun lalu.
Sejak itu, SRC telah bekerjasama dengan Bulan Sabit Merah Mesir (ERC) untuk memastikan bantuan yang dihantar selamat diberikan kepada para mangsa.
Beliau menambah, sebahagian pasukannya juga tinggal di sana untuk sekitar dua bulan, untuk memantau keadaan.
"Kami bekerjasama dengan ERC di mana barang-barang ini akan ditujukan kepada Bulan Sabit Merah Palestin. ERC adalah antara organisasi utama yang memproses, dan menyelaras kemasukan barang-barang ke Gaza.
"Mereka telah meletakkan sebuah proses yang teguh. Dengan itu, kita berupaya untuk memastikan sedaya mungkin dalam kapasiti kami. Sudah tentu, keadaan di lapangan kadang-kadang sukar untuk dijangkakan tapi kami dapat pastikan barang-barang ini sampai ke masyarakat yang ditujukan," tambahnya, yang baru-baru ini menerima Anugerah Pegawai Cemerlang oleh SRC atas dedikasinya kepada usaha itu.

AKAN PERLUAS BANTUAN BAGI MANGSA DI LUBNAN
Dengan musim sejuk yang menjelang, pihaknya juga sedang memantau rapi situasi pergolakan.
Bahkan ia akan meluaskan pemantauannya ke Lubnan yang baru-baru ini juga digegarkan dengan serangan bertubi-tubi.
SRC akan perkukuhkan lagi kerjasama dengan ERC untuk memberikan bantuan yang diperlukan.
Antara keprihatinannya buat masa ini adalah membantu keluarga-keluarga yang masih belum lagi mendapatkan tempat tinggal.
"Kami sedang memantau situasi di sempadan Mesir dan Gaza, di mana terdapatnya keluarga-keluarga yang kehilangan tempat tinggal dan yang berada di sana. Kami akan berbincang terus dengan ERC dengan aktivis kemanusiaan mereka untuk masyarakat di situ," kongsi Encik Sahari.
Selain SRC, terdapat juga badan-badan kemanusiaan lain dari Singapura seperti Yayasan Rahmatan Lil Alamin (RLAF) dan Humanity Matters yang giat menghantar misi bantuan ke Gaza sepanjang setahun yang lalu.
Misalnya, RLAF telah mengumpul dana sebanyak S$10.2 juta buat mangsa peperangan di Gaza.
Kata Encik Sahari, sungguhpun setiap pertubuhan mempunyai tumpuan masing-masing, mereka saling bekerjasama dalam usaha membantu mangsa peperangan di sana.
"Kami akan bertukar-tukar maklumat yang kami ada di lapangan untuk kita lebih dapat memahami keperluan yang kian berubah di lapangan. Sekiranya terdapat peluang untuk kita bekerjasama, sudah tentu tapi masing-masing mempunyai keperluan yang besar. Setiap organisasi ada fokus yang tertentu. Yang penting kami berkongsi maklumat yang boleh membantu kami membuat keputusan yang lebih baik," ujar Encik Sahari.

SUMBANGAN RAKYAT SG MEMUNGKINKAN MISI BANTUAN SRC
Dengan pengalamannya lebih 20 tahun dalam sektor kemanusiaan, Encik Sahari menjangkakan bantuan kemanusiaan masih terus diperlukan meskipun adanya gencatan senjata.
Dalam pada itu, beliau memuji dan menghargai sikap murah hati masyarakat Singapura yang sentiasa memberi sokongan untuk membolehkan SRC terus menghulurkan bantuan yang diperlukan.
"Selagi kami ada aspirasi masyarakat Singapura untuk menolong, selagi ada sumbangan, kami akan terus melakukan kegiatan kemanusiaan di Gaza. Kami akan terus memantau keadaan di Gaza dan apabila ada keperluan, kami akan mengambil tindakan yang perlu," jelasnya.
Orang ramai yang berminat untuk menghulurkan bantuan, masih boleh membuat sumbangan terus kepada SRC.

Sumber : BERITA Mediacorp/SY
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.