Palang Merah SG pertingkat bantuan kemanusiaan ke Gaza, lancar lagi kempen kumpul dana
Anggaran Waktu Membaca:
Penduduk Palestin meninjau-ninjau kemusnahan pada rumah mereka di Bandar Gaza. (Gambar: AFP/Omar Al-Qattaa)
SINGAPURA: Palang Merah Singapura (SRC) melancarkan satu lagi kempen pengumpulan dana bagi menyokong lebih banyak operasi bantuan di Gaza oleh rakan kongsi pergerakan Palang Merah Bulan Sabit Merah (RCRC), termasuk Pertubuhan Bulan Sabit Merah Mesir (ERC).
Pengumpulan dana itu dilakukan di tengah-tengah gencatan senjata yang sedang dikuatkuasakan.
Dana yang dikumpulkan akan digunakan untuk membantu secara langsung masyarakat Palestin yang kehilangan tempat tinggal di Gaza, kata SRC dalam kenyataan medianya pada Selasa (18 Feb).
Setiausaha Agung dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SRC, Benjamin William berkata: "Dengan fasa pertama gencatan senjata sedang dilaksanakan, dan perbincangan sedang diadakan bagi fasa kedua gencatan senjata, penting untuk kita meningkatkan bantuan kemanusiaan bagi menangani keperluan mendesak orang awam, yang kebanyakan mereka tidak mempunyai keperluan paling asas seperti makanan dan tempat perlindungan.
"Dengan pelancaran pengumpulan dana ini, kami berharap rakyat Singapura akan bersatu untuk menghulurkan bantuan kepada masyarakat yang terjejas dan memberi sedikit kelegaan menjelang Ramadan."
CARA MENDERMA
Orang ramai boleh menderma melalui empat kaedah.
1) Di laman SRC atau Giving.sg (https://redcross.sg/donate-gazacrisis), (https://donate.redcross.sg/gazacrisis)
2) Untuk sumbangan PayNow, derma boleh dibuat kepada UEN S86CC0370EFR2 (Rujukan: Gaza Humanitarian Crisis)
3) Derma melalui cek kepada ‘Singapore Red Cross Society’ ke alamat Red Cross House, 15 Penang Lane, Singapura 238486, dengan menyatakan nama dan alamat anda serta tuliskan ‘Gaza Humanitarian Crisis’ di belakang cek.
4) Derma secara peribadi juga diterima di alamat SRC yang sama dari Isnin hingga Jumaat, 9.00 pagi hingga 6.00 petang.
Tempoh derma: 17 Feb - 30 April 2025.
SRC sebelum ini telah memberikan bekalan bantuan bernilai S$300,000 untuk menyokong keperluan masyarakat terjejas, susuli gencatan senjata yang berkuat kuasa pada 19 Januari di Gaza.
Sejak bermulanya fasa pertama gencatan senjata, lebih 1,500 kakitangan dan sukarelawan dari ERC telah bekerja keras untuk memastikan ratusan trak muatan bekalan bantuan melalui sempadan Rafah dan masuk ke Gaza setiap hari.
ERC terus menjadi badan penyelaras utama untuk semua bantuan kemanusiaan di sempadan Mesir.
Sehingga kini, SRC telah mengagihkan bantuan bernilai hampir S$1.3 juta melalui ERC.
Ia termasuk penempatan penyelaras operasi dan pasukan lapan orang untuk membantu ERCS dengan operasi bantuan pada 2024.
SRC akan terus bekerjasama dengan rakan kongsinya untuk memantau keadaan di Gaza dengan teliti dan menyesuaikan responsnya mengikut keperluan masyarakat yang terjejas.

Sumber : BERITA Mediacorp/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.