Palang Merah SG perluas usaha kumpul dana untuk mangsa Taufan Yagi; hulur bantuan S$50,000 kepada Myanmar
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: SRC)
SINGAPURA: Palang Merah Singapura (SRC) memperluaskan usaha bantuannya untuk masyarakat-masyarakat yang terjejas akibat Taufan Yagi dan monsun barat daya yang turut menjejas Myanmar.
"Ini adalah sebahagian daripada usaha yang lebih besar di seluruh rantau ini untuk membantu masyarakat yang terjejas teruk di seluruh Asia Tenggara", menurut Palang Merah dalam satu kenyataan media pada Jumaat (20 Sep).
Sekurang-kurangnya 293 orang di Myanmar terbunuh akibat Taufan Yagi, dengan media pemerintah melaporkan bahawa hampir 270,000 hektar sawah dan tanaman lain musnah akibat banjir.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) juga telah memberi amaran bahawa seramai 630,000 orang mungkin memerlukan bantuan di Myanmar akibat taufan itu.
Kerosakan itu menyebabkan pemerintah junta mengeluarkan rayuan yang meminta bantuan asing pada hujung minggu lalu.
Banjir dan tanah runtuh yang dicetuskan oleh Taufan Yagi telah menjejas hampir 6 juta kanak-kanak di seluruh Asia Tenggara, dedah PBB pada 18 Sep.
SRC akan menyumbang S$50,000 untuk menyokong usaha bantuan bencana di Myanmar, bekerjasama rapat dengan Persatuan Palang Merah Myanmar.
"Ini akan membiayai pengagihan makanan, air bersih, kit kebersihan, dan bekalan penting lain kepada masyarakat-masyarakat yang paling teruk dilanda musibah baru-baru ini," katanya.
"Disebabkan keperluan mendesak untuk air minum yang selamat, SRC juga akan menghantar penapis air dalam masa beberapa minggu akan datang."
Sokongan untuk Myanmar diumumkan selepas komitmen awal SRC sebanyak S$50,000 setiap satu terhadap bantuan kemanusiaan untuk Laos dan Vietnam.
SRC menyatakan bahawa rayuan untuk mengumpul dana akan menyokong usaha bantuan dan pemulihan di Kemboja, Laos, Myanmar, Thailand, Filipina dan Vietnam.

OPERASI SRC DI LAOS DAN VIETNAM
Pasukan respons SRC seramai tiga anggota tiba di Laos pada 16 Sep untuk memberikan sokongan bagi operasi bantuan dan penilaian keperluan.
"Pasukan itu dikerahkan ke wilayah Luang Namtha, di mana 40,000 orang di dua daerah memerlukan bantuan segera, dan menjalankan penilaian keperluan dan aktiviti bantuan di Kampung Thong Kua dan Kampung Tavanh di wilayah Luang Namtha," dedah SRC.
Di Kampung Thong Kua, pasukan itu mengedarkan kit isi rumah yang mengandungi selimut, kelambu dan barangan lain.
Mereka juga dikerahkan ke Kampung Tavanh untuk mengajar penduduk kampung dan sukarelawan Palang Merah Lao cara-cara menggunakan penapis air.
Pasukan itu akan terus berada di Laos sehingga 24 Sep.
"Jika sokongan tambahan diperlukan, SRC bersedia untuk menempatkan lebih banyak pasukan untuk membantu usaha pemulihan."
SRC juga menghantar 50 penapis air ke Laos melalui Angkatan Bersenjata Singapura (SAF). Penapis air akan membantu meningkatkan akses masyarakat kepada air minum yang bersih.
Pada Oktober, SRC akan menghantar satu lagi pasukan seramai tiga anggota ke Vietnam untuk menyokong usaha pemulihan awal.
Rancangan juga sedang dijalankan untuk menghantar sebuah pasukan ke Yangon, di mana perbincangan akan tertumpu kepada usaha bersama bagi operasi bantuan dan pemulihan yang berterusan di Myanmar, dengan tumpuan untuk menangani kedua-dua keperluan mendesak dan berterusan bagi masyarakat-masyarakat yang paling teruk terjejas, kata SRC.
Benjamin William, Ketua Pegawai Eksekutif dan Aetiausaha Agung SRC, berkata "kesan dahsyat" Taufan Yagi diburukkan lagi dengan monsun barat daya, mencetuskan salah satu bencana iklim paling dahsyat di Asia Tenggara.
"Kehilangan nyawa, termasuk kanak-kanak dan warga tua, dan pemindahan besar-besaran masyarakat telah menyebabkan banyak kemusnahan dan kesedihan. Semasa krisis, perpaduan adalah kekuatan terbesar kami."
Menurut Encik William, SRC sedang bekerjasama dengan rakan-rakan mereka di seluruh Asia Tenggara untuk berkongsi sumber, dan ia bersedia memberikan bantuan tambahan.
"Kami berharap rakyat Singapura akan menyokong usaha kemanusiaan kami, dan menyumbang dengan murah hati kepada pengumpulan dana kami."
Rayuan awam Palang Merah Singapura untuk mengumpul derma bagi respons banjir Asia Tenggara bermula pada 13 Sep dan akan diteruskan sehingga 31 Okt.
Orang ramai boleh menderma melalui kad kredit di laman web SRC atau menerusi Giving.sg.
Kaedah pendermaan lain, termasuk PayNow, cek, menderma secara peribadi atau pengumpulan dana juga disediakan.

Sumber : CNA/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.