Palang Merah SG lancar inisiatif dapatkan lebih ramai belia derma darah
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Palang Merah Singapura mahu mendapatkan sekurang-kurangnya 500 belia berumur 16 hingga 25 tahun untuk menderma darah menjelang 2030.
Berucap semasa acara Hari Penderma Darah Sedunia, Menteri Negara Kesihatan Rahayu Mahzam berkata, penting untuk mendapatkan lebih ramai penderma belia demi menyokong penduduk yang semakin menua.
Menurut satu kajian Penguasa Sains Kesihatan (HSA), pesakit berumur 60 tahun ke atas membentuk lebih separuh daripada golongan yang memerlukan pemindahan darah.
Satu lagi trend membimbangkan adalah bilangan penderma darah dari kalangan belia merosot sebanyak separuh sejak 10 tahun lalu, kepada hanya 15 peratus tahun lalu.
Lantaran itu, inisiatif YouthInspired dilancarkan dengan harapan dapat meningkatkan tabiat menderma darah secara tetap dalam kalangan anak muda.
Kelab tersebut akan menganjurkan pelbagai acara dan kempen, serta mengambil bahagian dalam kerja sukarela untuk memperjuangkan derma darah.
"Menderma darah adalah peluang memberikan kehidupan kepada seseorang dan saya harap lebih ramai penderma belia akan tampil ke depan untuk menyelamatkan nyawa," kata Hafez Sorouri Zanjani, seorang penderma darah.

Sumber : CNA/QA/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.