Skip to main content

Singapura

Palang Merah SG ikrar dana AS$50,000 bantu mangsa taufan Filipina

Anggaran Waktu Membaca:
Palang Merah SG ikrar dana AS$50,000 bantu mangsa taufan Filipina

Gambar: Ted ALJIBE/AFP

Diterbitkan : 26 Jul 2024 06:42PM
SINGAPURA: Palang Merah Singapura mengikrarkan dana AS$50,000 (S$67,000) kepada rakan sejawatannya di Filipina bagi membantu operasi menyelamatkan mangsa Taufan Gaemi.

Taufan itu mencetuskan banjir dahsyat di ibu kota Manila dan bandar-bandar berhampiran, sekali gus memaksa pihak berkuasa menutup sekolah-sekolah, pejabat dan membatalkan penerbangan pada Rabu lalu (24 Jul).

Lebih 20 orang maut dalam kejadian tanah runtuh dan banjir yang berlaku.

Walaupun Taufan Gaemi tidak melanda Filipina, ia memburukkan lagi monsun musiman di negara itu.

Keadaan darurat diisytiharkan di rantau itu yang mempunyai 13 juta penduduk.

"Curahan hujan, banjir dan tanah runtuh yang semakin memburuk akibat taufan tropika memberi kesan buruk kepada keluarga dan masyarakat," jelas Encik Benjamin William, Setiausaha Agung merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Palang Merah Singapura, pada Jumaat (26 Jul).

"Kami sedang memantau keadaan dengan rapi dan berhubung rapat dengan Palang Merah Filipina bagi memastikan sumbangan kami dapat menyediakan sokongan terbaik kepada masyarakat yang terjejas."

Menurut Palang Merah Singapura, lebih 866,000 orang terpaksa meninggalkan rumah masing-masing. Kebanyakan daripada mereka juga tidak mempunyai bekalan air, elektrik dan perkhidmatan asas.

Palang Merah Filipina mengerahkan Unit Respons Kecemasan untuk menjalankan operasi mencari dan menyelamat di kawasan banjir. Ia juga telah menubuhkan pangkalan kebajikan di pusat pemindahan.

Menurut pertubuhan itu, Palang Merah Filipina dan cabang-cabang tempatannya diletakkan pada status berwaspada bagi operasi menyelamat di seluruh negara itu.
Sumber : CNA/HA/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita