Skip to main content

Singapura

Palang Merah S’pura lancar kempen kumpul dana buat mangsa banjir Penang, Vietnam

Persatuan Palang Merah Singapura (SRC) mula menjalankan kempen pengumpulan dana selama sebulan bagi membantu masyarakat di Asia Tenggara yang terjejas akibat banjir baru-baru ini. Ia terutamanya bagi membantu Vietnam selepas Taufan Damrey dan di Pulau Pinang.

Anggaran Waktu Membaca:
Palang Merah S’pura lancar kempen kumpul dana buat mangsa banjir Penang, Vietnam

Suasana bandar Hoi An selepas Taufan Damrey. (Gambar: Anthony Wallace/AFP)

Diterbitkan : 23 Nov 2017 02:42PM Dikemas Kini : 23 Nov 2017 02:46PM

SINGAPURA: Persatuan Palang Merah Singapura (SRC) mula menjalankan kempen pengumpulan dana selama sebulan bagi membantu masyarakat di Asia Tenggara yang terjejas akibat banjir baru-baru ini. Ia terutamanya bagi membantu Vietnam selepas Taufan Damrey dan di Pulau Pinang.

Dalam satu kenyataan media hari ini (23 Nov), SRC menggariskan rancangan untuk menyumbang sekitar S$27,000 kepada Vietnam selepas negara itu dilanda Taufan Damrey. Sumbangan tersebut akan menyokong pembelian dan pengedaran 600 penapis air, 272,000 tablet pembersihan air, 600 alat perlindungan, 1,200 kain terpal, selimut dan kit-kit kebersihan.

Tiga sukarelawan sudahpun dikerahkan ke bandar Danang untuk operasi bantuan tiga hari di wilayah Thua Thien Hue.

Pasukan itu akan menyampaikan lebih 230 kit keperluan rumah dan menjalankan penilaian untuk menentukan keperluan masa depan masyarakat terjejas.

SRC turut komited menyumbang S$20,000 untuk membantu Pulau Pinang selepas ia terjejas oleh banjir awal bulan ini.

Menurut Persekutuan Antarabangsa Persatuan-persatuan Palang Merah, setakat 10 November, Taufan Damrey meragut nyawa 82 orang dan mencederakan lagi 174 orang.

"Kami amat prihatin dengan kerosakan besar yang disebabkan oleh banjir baru-baru ini di negara-negara jiran kami," kata Ketua Setiausaha dan Ketua Pegawai Eksekutif SRC, Benjamin William.

“Rakan-rakan kami di Malaysia dan Vietnam sedang giat membantu para mangsa dan untuk meredakan keadaan di lapangan. Keutamaan kami adalah untuk menyokong mereka dengan sumber-sumber yang diperlukan supaya mereka dapat mengembangkan jangkauan mereka."

Menurut Encik William, banjir itu mungkin meluas ke bahagian lain di rantau ini kerana musim monsun sekarang ini. Bahagian lain yang mungkin akan turut terjejas termasuk Kemboja dan Thailand.

"Kami akan terus pantau keadaan dan bekerjasama dengan rakan-rakan Palang Merah dari negara lain untuk memberikan bantuan tepat pada masanya kepada masyarakat yang terjejas," katanya.

Derma boleh disalurkan di Red Cross House yang terletak di 15 Penang Lane.

Cek juga boleh dihantar ke Red Cross House. Para penderma diingatkan agar turut menyertakan nama dan alamat pos, selain menujukan sumbangan kepada Dana Bantuan Banjir SEA 2017.

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita