Palang Merah S'pura kumpul S$80,000 dana bantuan tsunami Indonesia
Persatuan Palang Merah Singapura (SRC) menyatakan para penduduk negara ini sudahpun menyumbang hampir $80,000 bagi usaha membantu mangsa-mangsa tsunami di Indonesia.
SINGAPURA: Persatuan Palang Merah Singapura (SRC) menyatakan para penduduk negara ini sudahpun menyumbang hampir $80,000 bagi usaha membantu mangsa-mangsa tsunami di Indonesia.
Beberapa pertubuhan juga sudah menyuarakan hasrat untuk memulakan pungutan derma bagi menyokong rayuan SRC.
Selain itu, SRC sudahpun mengaktifkan khidmat "Menghubungkan Semula Keluarga" bagi membantu rakyat Singapura dan warga Indonesia mencari ahli keluarga yang mungkin terjejas akibat ombak tsunami yang membadai Selat Sunda pada Sabtu (22 Dis).
Dua anggota SRC kini berada di daerah Banten, yang teruk terjejas akibat bencana alam itu.
Pasukan berkenaan sudahpun menemui pihak Palang Merah di Indonesia untuk lebih memahami jenis bantuan segera yang diperlukan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.