Palang Merah S'pura ikrar bantu kemanusiaan AS$90,000
Persatuan Palang Merah Singapura (SRC) mengikrarkan AS$90,000 (S$121,200) bagi membantu mangsa-mangsa ribut puting beliung Idai di Afrika.
Persatuan Palang Merah Singapura mengikrarkan bantuan AS$90,000 bagi mangsa-mangsa ribut puting beliung Idai di Afrika. (Gambar: Singapore Red Cross)
SINGAPURA: Persatuan Palang Merah Singapura (SRC) mengikrarkan AS$90,000 (S$121,200) bagi membantu mangsa-mangsa ribut puting beliung Idai di Afrika.
Sumbangan dana itu akan menyokong operasi bantuan kecemasan dari segi menyediakan tempat-tempat berteduh, jagaan kesihatan dan bekalan air.
Menurut Persatuan Palang Merah Singapura, sebuah pasukan sedang bersiap sedia untuk dikerahkan ke kawasan-kawasan yang terjejas akibat ribut tersebut.
Agensi-agensi bantuan menyifatkan ribut tropika itu sebagai bencana alam paling dahsyat yang pernah melanda bahagian selatan Afrika dalam tempoh 20 tahun.
Ribut tropika tersebut membadai Mozambique dengan angin sekencang sehingga 170 kilometer sejam pada Khamis (14 Mac) sebelum bergerak ke arah Zimbabwe dan Malawi.
Sekitar 300 orang dilaporkan maut seminggu selepas bencana itu berlaku. Angka korban akibat ribut tersebut dijangka mencecah lebih 1,000 orang.
Mozambique dilaporkan paling teruk terjejas akibat bencana alam itu.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.