Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Palang Merah S'pura buka pusat latihan bantu individu terjejas sumber pendapatan

Sekitar 550 orang yang sumber pendapatan mereka terjejas akibat pandemik COVID-19, dijangka meraih manfaat daripada pusat kerjaya baru kendalian persatuan Palang Merah Singapura (SRC).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 06 Jul 2021 07:43PM Dikemas Kini : 06 Jul 2021 09:14PM

SINGAPURA: Sekitar 550 orang yang sumber pendapatan mereka terjejas akibat pandemik COVID-19, dijangka meraih manfaat daripada pusat kerjaya baru kendalian persatuan Palang Merah Singapura (SRC).

Pusat bagi latihan dan pengambilan kerja atau COLE itu akan membantu menjalankan latihan kemahiran, selain menawarkan bimbingan kerjaya dan menyarankan kerja kosong.

Program itu akan dikendalikan selama tiga tahun bermula bulan ini.

SRC juga akan melancarkan satu lagi pungutan dana bagi membantu negara-negara Asia Tenggara dan Asia Selatan yang terjejas oleh pandemik COVID-19.

Dana tersebut akan digunakan untuk membeli bekalan perubatan dan kelengkapan bagi menangani jangkitan koronavirus.

Lebih S$7.5 juta berjaya dikumpulkan dalam pungutan dana sebelum ini bagi membantu para penduduk India.

Sumber : CNA/AY/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan