Skip to main content

Singapura

Palang Merah Filipina siap sedia hadapi satu lagi ribut selepas Taufan Kalmaegi

Palang Merah Filipina sedang berkejar masa untuk membersihkan serpihan dan menghantar bantuan selepas Taufan Kalmaegi menimpakan kerosakan teruk di tengah Filipina, dan pada masa yang sama bersiap sedia menghadapi satu lagi ribut yang berpotensi lebih dahsyat, kata pengerusi dan ketua pegawai eksekutif (CE) pertubuhan kemanusiaan itu, Richard Gordon.
Anggaran Waktu Membaca:
Palang Merah Filipina siap sedia hadapi satu lagi ribut selepas Taufan Kalmaegi
Para penduduk membersihkan kawasan luar rumah masing-masing selepas Taufan Kalmaegi di Talisay City, wilayah Cebu, Filipina tengah, pada 5 November 2025. (Gambar: AP/Jacqueline Hernandez)
MANILA: Palang Merah Filipina sedang berkejar masa untuk membersihkan serpihan dan menghantar bantuan selepas Taufan Kalmaegi menimpakan kerosakan teruk di tengah Filipina, dan pada masa yang sama bersiap sedia menghadapi satu lagi ribut yang berpotensi lebih dahsyat, kata pengerusi dan ketua pegawai eksekutif (CE) pertubuhan kemanusiaan itu, Richard Gordon.

"Nampaknya ia seperti ribut yang sangat, sangat dahsyat," katanya di program terbitan CNA Asia First pada Jumaat (7 Nov).

"Kami sedang menghubungi semua kakitangan kita... untuk bersiap sedia dan memastikan kita dapat membantu orang ramai berpindah ke tempat selamat."

Para pengkaji cuaca memberi amaran ribut tropika Fung-wong mungkin melanda Filipina pada hujung minggu ini.

Fung-wong, dikenali sebagai Uwan di Filipina boleh mengembang sehingga 1,400 kilometer sebelum ia mendarat di wilayah utara Aurora atau wilayah berhampiran.

Pusat-pusat pemindahan sedang disiapkan dan keluarga yang tinggal di sepanjang kawasan pantai digesa bersiap sedia bagi kemungkinan perlu berpindah.

SERUAN BAGI LEBIH BANYAK BANTUAN

Encik Gordon berkata Palang Merah memerlukan lebih banyak sumber dengan segera untuk menghantar bekalan penting dan membawa masuk jentera berat bagi membersihkan serpihan.

"Kami pantas bertindak dan memastikan dana yang diterima diagihkan," katanya.

Beliau berkata bencana sedemikian semakin kerap berlaku, sekali gus menggariskan peri penting bagi Palang Merah untuk mengukuhkan rangkaian sukarelawan, logistik dan sistem perhubungan.

Encik Gordon menambah pasukannya bekerja keras tanpa henti dalam keadaan yang mencabar, berdepan banjir, angin kencang dan kerosakan teruk.
Sumber : CNA/HA/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita