Pakej Majulah S$7 bilion tokok CPF rakyat yang lahir pada 1973 dan sebelumnya
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar fail orang awam di kedai kopi Chinatown, Singapura. (Gambar: iStock)
- Komponen pertama Pakej Majulah adalah Bonus 'Earn and Save' untuk warga emas yang masih bekerja. Pekerja berpendapatan rendah dan sederhana akan menerima tokokan CPF sehingga S$1,000 setahun
- Komponen kedua pula ialah Bonus Simpanan Persaraan untuk individu yang CPF mereka belum mencapai Jumlah Persaraan Asas. Mereka yang layak akan menerima tokokan sekali sahaja sehingga S$1,500
- Bahagian ketiga ialah Bonus MediSave sekali sehaja sehingga S$1,000 kepada mereka yang layak
Ini sebahagian daripada pakej baharu bernilai S$7 bilion untuk menambah simpanan persaraan mereka.
Dipanggil Pakej Majulah, ia bertujuan memberi manfaat kepada "warga emas lebih muda", yang berpendapatan rendah dan kurang berada, umum Perdana Menteri Lee Hsien Loong semaasa ucapan Rapat Umum Hari Kebangsaan (NDR) pada Ahad (20 Ogos).
Pakej itu juga meliputi generasi Perintis dan Merdeka.
Ia akan memberi manfaat kepada 1.4 juta warga emas, kata PM Lee.
Berucap di ibu pejabat Institut Pendidikan Teknikal (ITE) di Ang Mo Kio, PM Lee berkata sokongan yang diberikan adalah berperingkat, bergantung kepada pendapatan dan simpanan CPF individu yang layak.
Pakej Majulah terdiri daripada tiga bahagian.
Pertama ialah Bonus 'Earn and Save' bagi warga emas yang masih bekerja. Pekerja berpendapatan rendah dan sederhana akan mendapat tambahan dana CPF antara S$$400 dengan S$1,000 setahun. Ini akan dimasukkan ke dalam akaun CPF mereka selain sumbangan biasa yang dibuat majikan dan pekerja.
Mereka yang layak akan menerima bonus itu setiap tahun selagi mereka masih bekerja, baik sepenuh masa atau sambilan.
"Kebanyakan warga emas lebih muda masih bekerja dan masih ada beberapa tahun lagi sebelum mereka bersara. Kami menggalak anda untuk terus bekerja selagi mampu," kata PM Lee.
Komponen kedua Pakej Majulah ialah Bonus Simpanan Persaraan (RSB) untuk mereka yang belum memenuhi Jumlah Persaraan Asas CPF. Mereka akan menerima bonus CPF sekali sahaja nataar S$1,000 dengan S$1,500.
Bonus itu juga diberikan kepada mereka yang tidak bekerja, termasuk suri rumah yang berhenti kerja untuk menjaga keluarga mereka, kata PM Lee.
Komponen ketiga ialah Bonus MediSave sekali sahaja antara S$500 dengan S$1,000. Bonus itu untuk memberi mereka yang layak beberapa "penimbal tambahan" untuk membiayai perbelanjaan perubatan dan premium insurans, jelas PM Lee.
Generasi Perintis dan Generasi Merdeka akan menerima Bonus 'Earn and Save' jika mereka masih bekerja dan memenuhi kriteria pendapatan, kata PM Lee.
Mereka yang tidak bekerja masih boleh menerima Bonus Simpanan Persaraan dan Bonus MediSave, tambah beliau.
"Ini akan menjadi tambahan kepada manfaat PG (Generasi Perintis) dan MG (Generasi Merdeka) yang sudah anda terima dan akan terus terima. Anggaplah ini sebagai hadiah Hari Kebangsaan ke-58!" ujar PM Lee.
Kementerian Tenaga Manusia (MOM) dalam satu kenyataan menyatakan manfaat pakej tersebut sudah diteliti bagi memastikan sokongan diberikan kepada mereka yang paling memerlukan.
Kriteria kelayakan bagi pelbagai manfaat termasuk faktor seperti pendapatan, taksiran tahunan kediaman, sama ada individu itu memiliki lebih daripada satu hartanah, serta simpanan CPF. Perinciannya akan diumumkan pada 2024.
Kementerian Kewangan (MOF) akan mewujudkan dana baharu untuk menanggung kos penuh Pakej Majulah, menggunakan sumber daripada penggal pemerintah sekarang, kata PM Lee.
"Kami akan menghormati komitmen ini tanpa membebankan generasi akan datang," tambah beliau.
Menjelaskan sebab bonus Pakej Majulah bukan dalam bentuk tunai, MOM menarik perhatian bahawa langkah-langkah tersebut bertujuan membantu warga emas Singapura yang kurang muda dari segi persaraan dan keperluan jagaan kesihatan.
"Wang dalam akaun CPF akan bertambah dengan adanya bunga dan boleh dikeluarkan menerusi bayaran bulanan CPF selepas bersara atau digunakan secara langsung bagi keperluan kesihatan," tambah MOM.
Pemerintah juga akan mempertingkat skim-skim sedia ada seperti skim Ihsan Senja, skim Tambahan Pendapatan Daya Kerja serta skim Simpanan Persaraan yang Dipadankan, dengan perinciannya diumumkan tahun depan, tambah PM Lee.
Skim Ihsan Senja memberikan bayaran tunai tambahan setiap suku tahun kepada warga emas berpendapatan rendah sepanjang tempoh mereka bekerja dan tidak mempunyai simpanan mencukupi selepas bersara, sementara skim Tambahan Pendapatan Daya Kerja menokok gaji pekerja berpendapatan rendah untuk membantu mereka menabung bagi persaraan.
Dilancarkan pada 2021, skim Simpanan Persaraan yang Dipadankan memadankan tokokan tunai yang dibuat ke dalam Akaun Persaraan (RA) warga emas rakyat Singapura, yang simpanan persaraan mereka rendah.
Bagi Pakej Majulah, tiada keperluan untuk memperoleh kerakyatan pada usia tertentu untuk layak.
"Pemerintah mengenakan kriteria pemerolehan kerakyatan bagi Pakej Generasi Perintis dan Merdeka kerana ia adalah pakej universal yang merupakan tanda muhibah dan penghargaan negara kepada mereka yang sudah menyumbang kepada pembangunan Singapura dalam tahun-tahun awal pembangunannya," menurut MOM.
"Bagi Pakej Majulah, sokongannya adalah untuk mereka yang sangat memerlukan...mereka yang berpendapatan rendah atau kurang simpanan CPF. Seperti skim-skim bantuan lain yang sudah diteliti, kami tidak mengenakan kriteria pemerolehan kerakyatan. Semua rakyat Singapura yang memenuhi kriteria kelayakan akan dapat memanfaatkannya."
Perincian tentang bila bonus Pakej Majulah akan diagihkan akan diumumkan tahun depan, menurut MOM.
"Jika dimanfaatkan semuanya sekali, peningkatan-peningkatan ini akan membantu warga emas memenuhi keperluan persaraan asas mereka, terutama sekali rakyat Singapura berpendapatan rendah dan sederhana," kata PM Lee.
"Supaya anda boleh lebih tenang meniti usia senja."

Sumber : Today/NK/nk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.