Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pakej Majulah bantu warga emas SG menabung bagi usia persaraan, kata Dr Tan See Leng

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 23 Aug 2023 05:53PM Dikemas Kini : 24 Aug 2023 02:22AM
SINGAPURA: Menteri Tenaga Manusia, Dr Tan See Leng berkata Pakej Majulah yang berjumlah S$7 bilion dijangka memberi manfaat kepada lebih 80 peratus rakyat Singapura yang lebih berumur.

Bercakap kepada wartawan Mediacorp, Dr Tan berkata pakej itu dan beberapa langkah lain yang dilaksanakan bertujuan menggalakkan warga emas terus bekerja.

Ia, katanya, merupakan sebahagian daripada rancangan pemerintah hendak membantu warga emas menjalani kehidupan dengan baik.

Salah satu komponen Pakej Majulah ialah bonus, "Earn and Save".

Ia bertujuan menjadi insentif kepada rakyat supaya terus aktif dari segi ekonomi tetapi tidak semestinya bekerja sepenuh masa.

Dr Tan selanjutnya berkata pemerintah akan memantau dengan teliti kenaikan pada had gaji untuk caruman CPF.

Beliau menambah bahawa sokongan baharu bagi pemberhentian kerja bertujuan membantu rakyat yang terjejas, bangkit semula.

Namun mereka, katanya, perlu juga memainkan peranan dengan berusaha meningkatkan kemahiran bagi mencari pekerjaan yang lebih baik dan tidak menerima apa sahaja pekerjaan secara melulu.

Mulai bulan hadapan had gaji bagi caruman CPF akan dinaikkan daripada S$6,000 kepada S$6,300 dan kemudian secara bertahap-tahap hingga mencapai S$8,000.
Sumber : CNA/MU/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan