Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pakej EPL Starhub terima 'sambutan luar biasa', promosi ditawarkan sehingga 19 Jun

Anggaran Waktu Membaca:
Pakej EPL Starhub terima 'sambutan luar biasa', promosi ditawarkan sehingga 19 Jun

(Gambar: Pembaca CNA)

Diterbitkan : 09 Jun 2022 07:19PM Dikemas Kini : 09 Jun 2022 07:27PM

SINGAPURA: Pakej penyiaran Liga Perdana England (EPL) Starhub yang diumumkan pada Rabu (8 Jun) akan ditawarkan kepada semua pelanggannya sehingga 19 Jun menyusuli "sambutan luar biasa".

Demikian menurut syarikat telko tersebut hari ini (9 Jun). 

StarHub pada Rabu (8 Jun) mendedahkan bahawa harga tempahan awal yang bermula pada S$19.99 akan ditawarkan kepada 25,000 pelanggan pertama antara 9 hingga 30 Jun. 

Pelancaran Premier+, iaitu khidmat penyiaran secara langsung perlawanan-perlawanan EPL itu menyaksikan ramai orang yang beratur, dengan sesetengah pelanggan yang berkata, mereka tidak dapat menyelesaikan proses bayaran meskipun sudah lama menunggu. 

Seorang warga siber meninggalkan komen di akaun Facebook StarHub bahawa mereka sudah mencuba selama beberapa jam, tetapi masih tidak dapat membuat tempahan bagi pakej itu. 

Lagi seorang berkata, laman web itu "berkali-kali tidak berfungsi" dan tidak boleh diakses. 

Sesetengah pengguna forum maya HardwareZone mengadu bahawa laman web itu 'tergantung' apabila mereka cuba membuat bayaran, manakala ada juga yang berkata mereka terpaksa meninggalkan laman web itu dan mengaksesnya semula kerana laman web itu menandakan terdapat kesilapan sewaktu proses tersebut. 

Menjawab pertanyaan Mediacorp, StarHub berkata: "Kami mengambil masa lebih lama daripada apa yang kami jangkakan untuk melayan pelanggan kami disebabkan respons luar biasa, dan meminta maaf atas kesulitan yang anda hadapi."

"Kami memberi jaminan bahawa semua pelanggan yang mengunjungi laman serta kedai fizikal Starhub sebelum Ahad (19 Jun) akan menikmati tawaran tempahan awal." 

StarHub memiliki hak penyiaran Singapura bagi temasya sukan yang paling dinanti-nantikan itu. Ia memegang hak tersebut bagi enam tahun akan datang, bermula dengan musim 2022-2023 yang bermula pada Ogos. 

Syarikat pesaing, Singtel, sebelum ini memiliki hak penyiaran bagi penyiaran EPL di Singapura selama 12 tahun berturut-turut. 

Sumber : CNA/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan