Pakar unjurkan 2023 tahun mencabar buat ASEAN
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Institut Penyelidikan Ekonomi untuk ASEAN dan Asia Timur)
SINGAPURA: 2023 akan menjadi tahun yang sukar bagi ASEAN memandangkan perkumpulan itu mungkin berhadapan banyak cabaran pada masa akan datang, menurut Forum Unjuran Serantau 2023 (ROF 2023).
Bercakap di forum anjuran Institut ISEAS-Yusof Ishak pada Selasa (10 Jan), Sharon Seah, Penyelaras Pusat Kajian ASEAN dan Program Perubahan Iklim di Asia Tenggara di institut berkenaan, berkata antara cabaran tersebut adalah pilihan raya di Malaysia dan Filipina pada 2022, pilihan raya di Kemboja, Thailand dan Myanmar pada 2023.
Manakala cabaran jangka panjang melibatkan usaha untuk mengekalkan perpaduan dan peranan utama ASEAN dalam dunia yang berubah.
Oleh itu, ASEAN perlu merealisasikan perpaduan dan solidariti serta mempromosi versi "Gambaran ASEAN mengenai Indo-Pasifik" yang lebih jelas.
Beliau juga menekankan cabaran terbesar bagi ASEAN adalah prospek ekonomi global yang sangat sukar pada 2023, menurut Agensi Berita Vietnam (VNA).
Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) sudah menurunkan unjuran pertumbuhan globalnya kepada 2.7 peratus.
Kira-kira satu pertiga daripada ekonomi dunia diunjur menuju kemelesetan tahun ini manakala baki dua pertiga lagi turut bergelut untuk menghadapi gangguan bekalan, inflasi serta kenaikan harga.
Cik Seah berkata selaku Pengerusi ASEAN pada 2023, Indonesia perlu menyelaraskan perjanjian perdagangan seperti Perjanjian Menyeluruh dan Progresif bagi Kerjasam Rentas Pasifik (CPTPP) dan Kerjasama Ekonomi Menyeluruh Serantau (RCEP) bagi mengoptimumkan manfaat perkumpulan itu kerana perdagangan merupakan bidang penting bagi ASEAN.
Dengan tema "Memahami Pemacu Perubahan dalam dunia yang terganggu", ROF 2023 menumpukan perbincangan mengenai kesan konflik dunia terhadap persekitaran keselamatan di Asia Tenggara, pemacu perubahan dan kedudukan ekonomi serantau.
ROF merupakan persidangan tahunan anjuran institut yang berpangkalan di Singapura itu untuk menganalisis arah aliran serta isu utama yang akan memberi kesan terbesar kepada Asia Tenggara dalam jangka pendek dan sederhana, selain membuat unjuran mengenai kedudukan negara serantau.

Sumber : Bernama/HY/hy
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.