Skip to main content

Singapura

Pakar saran reka bentuk dormitori elak sekitaran sesak

Reka bentuk dormitori yang menempatkan pekerja asing menarik perhatian orang ramai, sedang lebih banyak kes COVID-19 naik mendadak di sini.

Anggaran Waktu Membaca:
Pakar saran reka bentuk dormitori elak sekitaran sesak

Pekerja asing beridir di koridor bilik mereka di Dormitori S11 @ Punggol pada 6 April 2020. (Gambar: Roslan Rahman/AFP)

Diterbitkan : 30 May 2020 06:38PM Dikemas Kini : 30 May 2020 06:39PM

SINGAPURA: Reka bentuk dormitori yang menempatkan pekerja asing menarik perhatian orang ramai, sedang lebih banyak kes COVID-19 naik mendadak di sini.

Ramai yang mendakwa terlalu ramai pekerja asing ditempatkan dalam bilik dormitori dan keadaan sesak menjadi punca COVID-19 menular dengan begitu pantas.

Pakar-pakar ditemui berpandangan jumlah pekerja asing yang besar dalam sesebuah dormitori sememangnya akan membuat amalan menjaga jarak selamat sebagai sesuatu yang mencabar.

Dengan iklim tropika pula, penting untuk memastikan ada pengaliran udara yang baik.

Maka itu dormitori yang akan dibina pada masa depan mungkin perlu lebih kecil dari segi saiz tetapi lebih banyak bilangannya.

Ini demi mengurangkan jumlah penghuni dalam satu bilik jadi isu-isu lain seperti jagaan kesihatan dan kebersihan boleh diperbaiki. 

Sumber : CNA/RU/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita