Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pakar ramal pertumbuhan pesat, inflasi lebih rendah pada 2024

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Ekonomi Singapura dijangka tumbuh dengan lebih pesat tahun depan berbanding tahun ini, sementara inflasi berkemungkinan kebih rendah tahun ini dan menjunam lagi pada 2024, menurut pakar ekonomi.

Ini merupakan hasil unjuran dalam tinjauan yang dilaksanakan dalam kalangan pakar ekonomi swasta oleh Penguasa Kewangan Singapura (MAS), yang diterbitkan pada Rabu (8 Mac).

Secara keseluruhan, para pakar ekonomi meramal ekonomi Singapura akan tumbuh sebanyak 1.9 peratus tahun ini, turun daripada 3.8 peratus yang dicatat pada tahun lalu. Ia bagaimanapun akan kembali rancak tahun depan dan dijangka tumbuh sebanyak 2.5 peratus.

Sementara itu, inflasi, yang berada pada 6.1 peratus tahun lalu, berkemungkinan akan merosot kepada 5 peratus tahun ini dan selanjutnya kepada 3.1 peratus pada 2024.

Inflasi teras, yang mengecualikan kos pengangkutan privet dan penginapan, mencatat kadar 4.1 peratus secara purata pada 2022. Ia diramal kekal pada 4.1 peratus pada tahun ini sebelum ia merosot kepada 2.9 peratus tahun depan, menurut para pakar ekonomi.

Bagi pasaran buruh pula, para pakar ekonomi menjangkakan kadar pengangguran dicatat pada 2.2 peratus pada hujung tahun ini. Kadar pengangguran dalam kalangan penduduk pada Disember tahun lalu adalah 2.8 peratus.

Menurut MAS, seramai 26 pakar dan penganalisis ekonomi, yang memantau ekonomi Singapura ditinjau.

MENGAPA IA PENTING

Ekonomi Singapura hampir segera terjejas oleh kesan pencerobohan Rusia ke atas Ukraine, setelah ia mengharungi pandemik COVID-19. Ini sekali gus menyebabkan harga makanan dan barangan keperluan melonjak di merata dunia.

Sementara itu, kelembapan sejagat dalam permintaan pengguna menjejas sebilangan besar syarikat berbilang negara terutama sekali yang dalam sektor teknologi, yang menyebabkan siri pemberhentian kerja berprofil tinggi.

MEMANDANG KE HADAPAN

Meskipun prospek ekonomi lebih cerah, para pakar ekonomi memberi amaran mengenai risiko unjuran mereka.

Ketegangan geopolitik dan tekanan inflasi berkemungkinan terus menjejas ekonomi dan melembapkan kadar pertumbuhannya.

Manakala, pertumbuhan kukuh di China, yang menjadi dasar kepada pembukaan semula ekonomi, dan pemulihaan sektor teknologi yang lebih pantas dapat meningkatkan ekonomi Singapura dengan lebih lanjut.
Sumber : Today/SS/ae

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan