Pakar psikologi mesti berdaftar untuk tawar khidmat di SG
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar fail pesakit berbincang dengan pakar psikologi. (Gambar: iStock)
SINGAPURA: Pakar psikologi di Singapura tidak lama lagi akan dikehendaki mendaftar untuk menawarkan khidmat di sini, sebagai sebahagian daripada usaha berterusan pemerintah untuk mengukuhkan khidmat jagaan kesihatan mental dan memastikan keselamatan pesakit.
Mengumumkan langkah itu pada Jumaat (7 Mac), Kementerian Kesihatan (MOH) menyatakan bahawa ia sedang berusaha untuk mendaftarkan ahli psikologi di Singapura, memfokuskan kepada mereka yang menyediakan jagaan langsung, melibatkan penilaian dan intervensi berisiko tinggi.
Ia diumumkan di tengah-tengah penekanan yang semakin meningkat terhadap kesihatan mental dan peningkatan kehadiran ahli psikologi di luar tetapan klinikal tradisional.
Buat masa ini, ahli psikologi boleh menyertai Persatuan Psikologi Singapura (SPS), yang mempunyai kira-kira 700 ahli, tetapi tiada pendaftaran rasmi.
Melalui penilaian berkala dan pendampingan dengan pengamal, agensi-agensi dalam sektor tersebut dan SPS, MOH telah mengenal pasti kebimbangan mengenai keselamatan klien kerana lebih ramai ahli psikologi menawarkan khidmat dalam sektor privet dan masyarakat.
"Ini akan meningkatkan piawai profesional, menjaga keselamatan pesakit dan meningkatkan keyakinan orang ramai terhadap perkhidmatan psikologi," kata Menteri Negara Kanan Kesihatan Dr Janil Puthucheary.
Sebuah jawatankuasa yang terdiri daripada para pengamal, pengawal selia dan penyedia perkhidmatan daripada sektor awam dan privet telah ditubuhkan untuk memantau pelaksanaan inisiatif tersebut. Butiran lanjut akan diumumkan tidak lama lagi, tambah kementerian itu.
MENGINTEGRASIKAN JAGAAN KESIHATAN FIZIKAL DAN MENTAL
Sedia maklum mengenai hubungan rapat antara kesejahteraan fizikal dan mental, MOH menyatakan bahawa ia sedang mengambil langkah untuk menyepadukan kesihatan mental ke dalam sistem jagaan kesihatan Singapura yang lebih luas.
Sebagai sebahagian daripada SG Lebih Sihat, inisiatif peringkat nasional, protokol penjagaan sedang dibangunkan untuk gangguan kemurungan utama dan gangguan kebimbangan am untuk memastikan penjagaan yang konsisten dan bermutu ditawarkan oleh para penyedia penjagaan asas. Protokol ini akan diperkenalkan pada 2026, kata MOH.
MOH juga sudah mula menggandingkan klinik SG Lebih Sihat dengan penyedia Pasukan Intervensi Masyarakat (COMIT), yang menawarkan khidmat kaunseling dan terapi. Ini membolehkan mereka yang mendaftar di SG Lebih Sihat mengakses intervensi psikososial jika perlu.
Perkhidmatan kesihatan mental lain yang sedang diusahakan termasuk pusat kesihatan bersepadu baharu yang diberi nama Grovve, diterajui oleh Majlis Khidmat Sosial Kebangsaan (NCSS0, yang akan dibuka di *SCAPE pada akhir tahun ini.
Ia akan menjadi pusat pertama yang menyediakan khidmat kesihatan mental kepada mereka yang berumur 13 hingga 25 tahun dan penjaga mereka. Ini termasuk pemeriksaan kesihatan mental, dan intervensi serta aktiviti kesihatan umum seperti seni, yoga dan fotografi.
MOH juga menangani cabaran-cabaran yang berkaitan dengan kanak-kanak bawah umur yang mendapatkan sokongan kesihatan mental.
"Kami mengiktiraf peranan penting yang dimainkan oleh ibu bapa dalam kesejahteraan kanak-kanak bawah umur. Bagaimanapun, keperluan untuk persetujuan ibu bapa kadangkala boleh menghalang kanak-kanak bawah umur daripada mendapatkan bantuan.
"Selepas berunding dengan pakar etika perubatan dan penyedia perkhidmatan kesihatan mental, MOH telah memutuskan untuk mengambil pendekatan lebih khusus dengan menubuhkan kumpulan pakar untuk membangunkan garis panduan dalam bidang ini," kata Dr Puthucheary.
Sebuah kumpulan pakar akan ditubuhkan tahun ini untuk mewujudkan garis panduan bagi mendapatkan kebenaran ibu bapa sambil mengimbangi keperluan untuk akses kepada penjagaan yang tepat pada masanya. Garis panduan itu akan membantu pengamal melindungi kesejahteraan kanak-kanak bawah umur sambil memastikan pelibatan ibu bapa yang sesuai.
Untuk meningkatkan lagi akses kepada perkhidmatan kesihatan mental, MOH akan melancarkan Talian Bantuan dan Talian Teks Kesihatan Mental Kebangsaan pada pertengahan 2025, menyediakan sokongan sepanjang masa oleh para kaunselor terlatih.

Sumber : CNA/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.