Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pakar psikiatri digantung khidmat 3 tahun kerana beri preskripsi ubat melebihi dos

Seorang pakar psikiatri dikenakan tempoh penggantungan khidmat selama 36 bulan oleh Mahkamah Tiga Hakim pada Rabu (5 Feb) selepas didapati bersalah atas salah laku profesional sebelum ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Pakar psikiatri digantung khidmat 3 tahun kerana beri preskripsi ubat melebihi dos

Dr Ang Yong Guan dan Mahkamah Agung di Singapura. (Gambar fail: Facebook/Ang Yong Guan dan CNA/Try Sutrisno Foo).

Diterbitkan : 05 Feb 2025 07:44PM Dikemas Kini : 05 Feb 2025 07:45PM
SINGAPURA: Seorang pakar psikiatri dikenakan tempoh penggantungan khidmat selama 36 bulan oleh Mahkamah Tiga Hakim pada Rabu (5 Feb) selepas didapati bersalah atas salah laku profesional sebelum ini.

Pada Mei tahun lalu, Dr Ang Yong Guan didapati bersalah atas tiga tuduhan menyimpang daripada piawai relevan apabila memberi preskripsi pelbagai ubat kepada seorang pesakit.

Kes itu berkaitan dengan preskripsi yang dikeluarkan bagi seorang pesakit bernama Quek Kiat Siong, yang meninggal dunia empat hari selepas preskripsi terakhir diberikan pada 2012.

Dr Ang merawat pesakit itu selama sekitar dua tahun bagi pelbagai kondisi termasuk insomnia, kemurungan, gangguan tekanan selepas trauma dan kecelaruan.

Preskripsi terakhir yang diberikan pada 31 Julai 2012, terdiri daripada dos harian ubat Mirtazapine sebanyak 60mg, yang melebihi dos maksimum harian yang dibenarkan iaitu sebanyak 45 mg serta dos harian ubat 'Zolpidem Controlled Release' sebanyak 25 mg - iaitu melebihi dos maksium harian yang dibenarkan sebanyak 12.5 mg.

HUKUMAN

Dua tuduhan pertama berkaitan dengan preskripsi yang diberikan antara 8 Februari 2010 dengan 31 Disember 2011; dan antara 1 Januari 2012 dengan 31 Julai 2012.

Dr Ang memutuskan untuk menukar-nukar ubat antikemurungan itu tanpa memastikan setiap ubat diambil selama tempoh sekurang-kurangnya empat hingga enam minggu.

Dia juga membenarkan pengambilan ubat benzodiazepines secara jangka panjang dengan memberikan bekalan enam bulan kepada Encik Quek pada 31 Julai 2012.

Mahkamah Tiga Hakim yang terdiri daripada Hakim Besar Sundaresh Menon, Hakim Belinda Ang dan Hakim Tay Yong Kwang berkata dalam penghakiman mereka pada Rabu bahawa tahap bahaya berkaitan dengan dua tuduhan itu "berkait rapat dengan tahap bahaya berpotensi yang boleh dialami oleh pesakit itu disebabkan oleh preskripsi Dr Ang".

Pada 2017, saudara perempuan Encik Quek memfailkan aduan terhadap Dr Ang kepada Majlis Perubatan Singapura (SMC).

Namun sebuah tribunal disiplin membebaskannya daripada tuduhan salah laku profesional dan sebaliknya dia didapati bersalah kerana gagal menyediakan khidmat profesional pada mutu yang sewajarnya.

Namun keputusan itu dibatalkan pada Mei tahun lalu oleh Mahkamah Tiga Hakim yang berkata Dr Ang sedar bahawa dia telah melebihi had dos dibenarkan dan tidak dapat menjelaskan keputusannya menyimpang daripada piawaian ditetapkan.
Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan