Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pakar keselamatan jalan raya NZ gesa pemandu berwaspada susuli nahas maut campervan libatkan rakyat SG

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Pakar keselamatan jalan raya di New Zealand menggesa orang ramai supaya berwaspada semasa memandu di kawasan pedalaman dan lebuh raya selepas tiga warga Singapura terkorban dalam satu kemalangan pada bulan lalu. 

Mahasiswa Universiti Nasional Singapura (NUS) Sherwin Chong Shi Yun dan Xinyue Yang, kedua-duanya 21 tahun, dan Jia Jun Vincent Lim, 24 tahun, maut selepas campervan yang mereka naiki merempuh penghadang jalan lalu terbakar. 

Nahas itu berlaku pada 17 April di persimpangan lebuh raya State Highway 79 dan Te Moana Road dekat bandar Geraldine, yang terletak kira-kira 140 kilometer di barat daya Christchurch. 

Polis dimaklumkan mengenai kemalangan itu sejurus selepas pukul 1.00 pagi. 

Akhbar New Zealand Herald melaporkan bahawa campervan itu disewa dari sebuah syarikat di daerah Canterbury. 

MEMANDU KENDERAAN LEBIH BESAR

Pelancong yang memegang "lesen memandu kereta dari luar negara" boleh memandu mana-mana jenis kenderaan seberat 6,000 kilogram atau kurang, kecuali motosikal, menurut Agensi Pengangkutan New Zealand. 

Ini bermakna individu yang memegang lesen memandu kereta di Singapura atau kelas 3, boleh menyewa dan memandu  kereta, campervan atau motorhome di New Zealand. 

Namun, campervan dan motorhome adalah kenderaan lebih besar dan cara memandunya amat berbeza berbanding sebuah kereta, kata Encik Dylan Thomsen, jurucakap keselamatan jalan raya dari Persatuan Automobil New Zealand. 

"Ia mengambil masa lebih lama untuk memecut dan mengurangkan kelajuan atau berhenti. Ia juga lebih perlahan untuk membuat pusingan dan lebih berat, justeru pemandu harus lebih berjaga-jaga," katanya. 

Pemandu kenderaan sedemikian harus kerap menggunakan cermin untuk pandang ke belakang dan tepi bagi melihat sekitar mereka, tambah Encik Thomsen. 

Walaupun kebanyakan lebuh raya di New Zealand mempunyai had kelajuan maksimum 100 atau 110 kilometer sejam, campervan dan motorhome mempunyai had kelajuan 90 kilometer sejam. 

Dr Shane Turner, pengarah teknikal bagi keselamatan jalan raya di syarikat pakar pengangkutan Abley, menasihatkan pemandu kenderaan sedemikian agar mematuhi kelajuan lebih perlahan pada 80 kilometer sejam. 

Pemandu yang tidak berpengalaman dinasihati mengambil campervan atau motorhome mereka di tempat-tempat di mana mereka boleh cuba mendapatkan  pengalaman memandu dahulu di kawasan bandar, lebuh raya atau di kawasan pedalaman yang mempunyai bahu jalan yang luas sebelum memandu di lebuh raya lebih sempit, tambah Dr Turner. 

NASIHAT BAGI PEMANDU

Berdasarkan laporan mengenai kemalangan yang melibatkan mahasiswa dari Singapura itu, Dr Thomsen menasihatkan pelancong daripada  memandu dalam keadaan letih. 

"Pelancong sering tiba selepas penerbangan yang jauh dan terus masuk ke dalam kenderaan sewa untuk mula memandu," katanya.

Dr Turner pula menasihatkan pemandu supaya sentiasa menggunakan rangkaian lebuh raya negeri jika boleh kerana ia biasanya mempunyai "piawai reka bentuk yang lebih tinggi".

Mereka juga harus mengelakkan jalan berpasir atau berkerikil melainkan mereka mempunyai pengalaman di jalan tersebut.

“Rancang dulu perjalanan anda dan kenal pasti jika terdapat bahagian jalan berpasir atau berkerikil. Saya cadangkan had laju maksimum 70 km sejam.”

Justeru, pemandu harus elak memandu semasa mereka berasa letih. "Pelancong lazimnya tiba setelah penerbangan jarak jauh dan terus menyewa kenderaan untuk mula memandu," kata Encik Thomsen. 

Beliau menasihatkan para pelancong untuk menginap sekitar lapangan terbang pada malam pertama mereka dan memastikan mereka mendapat rehat secukupnya sebelum melakukan sebarang perjalanan jauh.

Semua pakar yang dirujuk menarik perhatian bahawa perjalanan di New Zealand boleh mengambil lebih banyak masa daripada yang dijangkakan dan menasihati pelancong supaya mengambil kira masa tambahan.

Misalnya, perjalanan dari Auckland ke Wellington mengambil masa sembilan hingga 10 jam jika mereka berehat beberapa kali di sepanjang perjalanan, kongsi Encik Thomsen. Google Maps bagaimanapun menganggarkan perjalanan itu mengambil masa kurang lapan jam.

"Jika seseorang itu sedang memandu di kawasan terpencil di New Zealand, mereka mungkin akan melihat traktor atau pekebun membawa haiwan di lebuh raya, jadi ia sangat penting bagi pemandu bersiap sedia untuk berdepan situasi sebegini dan mengurangkan kelajuan atau berhenti dengan pantas," tambahnya. 

Dr Turner turut menasihati para pemandu supaya memandu di rangkaian lebuh raya negara sebanyak mungkin kerana ia secara umumnya mempunyai "piawaian reka bentuk lebih tinggi" dan untuk mengelakkan jalan raya berbatu kecuali mereka mempunyai pengalaman memandu di jalan sedemikian. 

"Buat perancangan awal dan kenal pasti bahagian jalan raya berbatu. Pandu lebih perlahan di jalan raya berbatu. Saya menyarankan had kelajuan maksimum 70 kilometer sejam." 

Sumber : CNA/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan