Pakar IAEA akan nilai kesiapsiagaan prasarana nuklear SG mulai 2027: PM Wong
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Mulai 2027, Singapura akan menjalani penilaian oleh Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) untuk mengukur keupayaan negara membuat keputusan sewajarnya mengenai penggunaan tenaga nuklear, kata Perdana Menteri Lawrence Wong pada Selasa (19 Mei).
"Keselamatan akan sentiasa menjadi keutamaan kami. Sebagai sebuah negara yang kecil yang padat penduduk, kami tidak mempunyai ruang untuk kesilapan," tekan Encik Wong di majlis makan malam gala ulang tahun ke-25 Penguasa Pasaran Tenaga (EMA) di Shangri-La Singapore.
"Kami mesti yakin bukan sahaja terhadap teknologi itu sendiri, tetapi terhadap keseluruhan ekosistem sokongan di sekelilingnya - peraturan, keselamatan, respons kecemasan, dan pengurusan sisa, antara lain."
Dalam kenyataan media bersama, Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI), Kementerian Kemampanan dan Sekitaran (MSE), EMA dan Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) menyatakan bahawa Singapura akan memulakan fasa pertama daripada tiga fasa semakan kesediaan nuklear.
Juga dikenali sebagai Semakan Infrastruktur Nuklear Bersepadu (INIR) IAEA, setiap fasa disertakan dengan pencapaian utama yang perlu dicapai bagi membimbing negara dalam memahami komitmen dan kewajipan yang berkaitan dengan membangunkan program tenaga nuklear.
Langkah itu tidak bermakna Singapura sudah membuat keputusan untuk menggunakan tenaga nuklear, menurut Encik Wong.
Berdasarkan pengalaman negara lain, proses persiapan dan pembangunan prasarana boleh mengambil masa lebih 15 tahun, katanya.
Semakan tersebut berada di bawah "pendekatan pencapaian" IAEA, yang mencerminkan amalan terbaik antarabangsa mengenai penggunaan tenaga nuklear berdasarkan pengalaman antarabangsa selama beberapa dekad, kata kenyataan bersama itu.
Fasa 1 melibatkan negara menilai keupayaan mereka sendiri sebelum membuat keputusan sama ada untuk membangunkan program tenaga nuklear.
Penilaian tersebut akan menjadi pencapaian utama dalam perjalanan pembinaan keupayaan nuklear Singapura dan membolehkan IAEA memahami dengan lebih baik peringkat pembangunan semasa Singapura serta memberikan sokongan yang lebih disesuaikan, kata kenyataan bersama itu.
INIR merupakan penilaian bebas dan sukarela oleh IAEA bagi negara-negara yang mempertimbangkan untuk memulakan atau mengembangkan program tenaga nuklear mereka.
Ia memastikan bahawa prasarana nasional yang diperlukan untuk penggunaan tenaga nuklear yang selamat, terjamin dan mampan dibangunkan dan dilaksanakan dengan cara yang bertanggungjawab dan teratur, menurut lembaran fakta yang disediakan oleh agensi pemerintah.
"Kami berhasrat untuk berkongsi keputusan misi INIR bagi memaklumkan orang ramai tentang aktiviti kami dan mengukuhkan pemahaman rakyat Singapura mengenai tenaga nuklear," tambah lembaran fakta itu.
Encik Wong berkata orang ramai akan terus menerima kemas kini mengenai perkembangan sepanjang proses itu dijalankan dan hasil dapatan bebas IAEA akan dikongsi apabila fasa pertama semakan tersebut selesai.
Ini termasuk sebarang risiko dan cabaran yang dikenal pasti, serta penilaian keseluruhan terhadap tahap kesiapsiagaan dan kemajuan Singapura.
Encik Wong menambah bahawa pemerintah akan mendekati perkara itu secara “tegas dan menyeluruh”.
Tambah beliau, Singapura akan menerima kesimpulan bahawa tenaga nuklear bukan pilihan yang sesuai sekiranya dapatan sedemikian muncul daripada semakan IAEA atau kajian negara itu sendiri.
“Namun begitu, usaha tersebut tidak akan sia-sia kerana keupayaan yang dibangunkan dan pengetahuan yang dikumpulkan tetap bernilai, khususnya apabila tenaga nuklear menjadi sebahagian daripada campuran tenaga di Asia Tenggara,” katanya lagi.
Menurut Encik Wong, pertimbangan Singapura adalah “lebih mencabar” disebabkan keadaan unik negara itu.
Sehubungan itu, beliau berkata Singapura sudah mengambil langkah untuk membangunkan keupayaan dan kepakaran dalam sumber tenaga bersih berpotensi tersebut.
Pengumuman itu dibuat selepas Singapura menandatangani rangka kerja kerjasama selama lima tahun dengan IAEA awal tahun ini bagi memperkukuh keupayaan nuklear negara.

Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.