Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pakar falak pelapis diperlukan dalam kalangan asatizah S'pura

Tahukah anda bagaimana tarikh mula bulan Ramadan ditentukan setiap tahun?

Anggaran Waktu Membaca:

BERITAmediacorp: Tahukah anda bagaimana tarikh mula bulan Ramadan ditentukan setiap tahun?

BERITAmediacorp bertemu dengan seorang aggota pasukan ahli falak untuk memahami lebih mendalam tentang proses tersebut.

BANTU OOM SEJAK 18 TAHUN

Sejak 18 tahun lalu, Encik Muhammad Faizal Othman sudah membantu Pejabat Mufti menentukan tarikh mula bulan Ramadan.

Beliau yang dahulu bertugas sebagai pegawai saintifik di Pusat Sains Singapura dihantar ke Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) pada 2002 untuk mempelajari ilmu takwim, iaitu daftar hari bulan.

S'PURA TIDAK GUNA KAEDAH MENCERAP

Menurut Encik Faizal, ramai masih beranggapan bahawa kaedah kiraan sudah "lapuk" menggunakan teropong digunakan untuk melihat anak bulan.

"Konsep yang mungkin orang ramai tidak mengetahui adalah sebenarnya kita tidak mencerap, atau dinamakan sebagai rukyah di Singapura. Rukyah itu melihat anak bulan melalui teleskop atau mata kasar.

"Singapura merupakan sebuah negara yang kecil jadi kita tidak mempunyai banyak tempat untuk mencerap. Kedua adalah iklim Singapura - negara yang banyak berawan," terang Encik Faizal.

TARIKH BULAN DITETAPKAN MENERUSI KIRAAN HISAB

Sebaliknya, tarikh mula ditentukan berdasarkan kiraan hisab melalui penggunaan sebuah sofwe yang memenuhi tiga kriteria utama.

Pertama, altitud bulan mestilah sekurang-kurangnya dua darjah dari ufuk.

Kedua, jarak lengkung antara bulan dengan matahari mesti sekurang-kurangnya tiga darjah.

Kriteria yang paling penting adalah apabila bulan ini terbenam, umur bulan itu sekurang-kurangnya lapan jam. Lapan jam dikira sewaktu keadaan ijtimak sampai bulan terbenam.

BERUSAHA TARIK ASATIZAH DALAMI ILMU FALAK SYAR'IE

Selain Encik Faizal, pasukan ahli falak turut dianggotai dua tokoh agama mapan iaitu Ustaz Dr Firdaus Yahya dan mantan Mufti Negara Syed Isa Semait.

Cabaran seterusnya adalah untuk mendapatkan tenaga generasi pelapis.

(Gambar: Ummu Rabbisyfina)

"Bidang ini memerlukan banyak perkiraan ilmu hisab dan kami sedang mencuba untuk mencari lebih ramai lagi orang untuk mengetahui tentang bidang ini khususnya golongan asatizah untuk berada dalam ilmu falak syar'ie supaya mereka dapat berbakti kepada masyarakat," ujar Encik Faizal.

Di samping menentukan tarikh mula bulan Ramadan, pasukan Encik Faizal juga memikul tanggungjawab bagi menentukan waktu solat. 

Sumber : BERITA Mediacorp/UR/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan