Pakar ekonomi turunkan ramalan ekonomi S'pura bagi 2022 di tengah inflasi, kelembahan global: Tinjauan MAS
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar fail: AFP/Roslan Rahman)
SINGAPURA: Pakar ekonomi sektor privet mengurangkan ramalan pertumbuhan mereka untuk tahun 2022 kepada 3.5 peratus, menurut tinjauan terbaru Penguasa Kewangan Singapura (MAS) yang dapatannya dikeluarkan pada Khamis (1 Sep).
Ini lebih rendah berbanding 3.8 peratus yang diramal dalam tinjauan sebelum ini.
Bahkan, pertumbuhan GDP dijangka lebih perlahan pada tahun depan, sebanyak 2.8 peratus.
Menurut mereka, faktor utamanya adalah kelembapan ekonomi di negara-negara rakan dagangan utama Singapura.
Mereka juga bimbang tentang kenaikan kadar inflasi yang lebih tinggi daripada jangkaan,
dan ketegangan geopolitik yang semakin buruk.
Sementara itu, harga barangan dan perkhidmatan dijangka terus tinggi sepanjang tahun ini.
Inflasi teras, yang tidak mengambil kira penginapan dan pengangkutan,
dijangka mencecah 3.8 peratus tahun ini, meningkat daripada ramalan sebelumnya sebanyak 3.4 peratus.
Bagaimanapun, pakar ekonomi menjangkakan ia akan berkurangan kepada 3.1 peratus tahun depan.
Kadar penggangguran pula dijangka mencapai 2 peratus menjelang akhir tahun memandangkan pasaran buruh yang ketat di Singapura, lebih baik daripada 2.1 peratus yang diramalkan dalam tinjauan pada Jun.
Tinjauan MAS itu susulan langkah Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) bulan lalu untuk merapatkan jurang pertumbuhan GDP Singapura tahun ini kepada 3 peratus hingga 4 peratus, berbanding unjuran awal sebanyak 3 peratus hingga 5 peratus.

Sumber : CNA/SU/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.