Skip to main content

Singapura

Pakar ekonomi swasta turunkan ramalan GDP SG kepada 1% bagi 2023, kata MAS

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 06 Sep 2023 01:53PM Dikemas Kini : 06 Sep 2023 09:17PM
SINGAPURA: Pakar ekonomi sektor swasta telah mengurangkan ramalan pertumbuhan ekonomi Singapura bagi 2023.

Demikian menurut satu tinjauan yang dikeluarkan Penguasa Kewangan Singapura (MAS) setiap suku tahun yang dikeluarkan pada Rabu (6 Sep).

Sentimen kurang menggalakkan itu disebabkan pertumbuhan ekonomi lebih rendah pada suku kedua serta prestasi sektor pengilangan yang terus lemah.

Pertumbuhan Hasil Dalam Negeri Kasar atau G-D-P Singapura bagi tahun ini diramalkan berada pada 1 peratus berbanding unjuran 1.4 peratus pada bulan Jun.

Sektor pengilangan kini dijangka menguncup pada kadar lebih besar sebanyak 4.4 peratus.

Pengilangan membentuk bahagian terbesar GDP atau hingga lebih satu perlima ekonomi Singapura.

Pertumbuhan bagi sektor kewangan dan insurans juga dijangka menguncup ke paras separuh kepada hanya 0.7 peratus.

Namun, tinjauan Penguasa Kewangan Singapura M-A-S menunjukkan sektor binaan dijangka tumbuh sebanyak 6.8 peratus, manakala penginapan dan khidmat makanan diramal tumbuh 8.8 peratus.

Dalam pada itu, pakar ekonomi menjangkakan inflasi teras kekal stabil pada 4.1 peratus.
Sumber : CNA
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita