Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pakar ekonomi naikkan ramalan GDP SG kepada 2.6% bagi 2024

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 11 Sep 2024 03:02PM Dikemas Kini : 11 Sep 2024 09:22PM
SINGAPURA: Pakar ekonomi menaikkan ramalan pertumbuhan ekonomi Singapura bagi 2024 dengan Hasil Dalam Negeri Kasar (GDP) dijangka naik 2.6 peratus, daripada 2.4 peratus sebelum ini.

Demikian menurut satu tinjauan yang dikeluarkan Penguasa Kewangan Singapura (MAS) setiap suku tahun yang dikeluarkan pada Rabu (11 Sep).

Pemacu utama pertumbuhan adalah daripada sektor kewangan dan insurans, binaan serta sektor perdagangan borong dan runcit.

Bagaimanapun pakar ekonomi dan penganalisis yang memantau ekonomi setempat, menurunkan unjuran pertumbuhan bagi sektor pengilangan dan penginapan serta khidmat makanan.

Namun potensi pemulihan dalam kitaran teknologi dapat memacu pertumbuhan.

Inflasi utama dan teras dijangka berkurangan dengan inflasi utama sebanyak 2.6 peratus, merosot daripada 2.8 peratus sebelumnya.

Mengenai risiko, para pakar berkata pertumbuhan lembap luaran merupakan faktor utama.

Ini selain ketegangan geopolitik termasuk kadar tarif yang lebih tinggi di Amerika dan pertumbahan yang lemah di China.
Sumber : CNA/SU/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan