Pakar ekonomi beri saranan pastikan golongan tua punyai wang CPF mencukupi untuk persaraan
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Pakar-pakar ekonomi mencadangkan beberapa saranan bagi membantu memastikan para pekerja Singapura dalam lingkungan usia 50-an dan 60-an tahun mempunyai cukup wang CPF untuk persaraan.
Antara saranan tersebut adalah tokokan sekali sahaja bagi Tabung Simpanan Pekerja (CPF) dan caruman tambahan dari majikan.
Dalam Amanat Hari Kebangsaan Perdana Menteri Lee Hsien Loong pada Selasa (8 Ogos), beliau berkata ada dalam kalangan mereka mungkin tidak mempunyai simpanan CPF mencukupi dan mereka memerlukan lebih banyak bantuan.
Tiga puluh tiga peratus pencarum CPF yang mencecah usia 55 tahun didapati sukar memenuhi Jumlah Persaraan Asas CPF.
Ia memberi bayaran bulanan bagi menampung perbelanjaan asas kehidupan, bermula usia 65 tahun, dan ia merupakan satu trend yang membimbangkan.
Puncanya, menurut pakar ekonomi, adalah caruman tidak menentu kepada CPF.
"Mungkin mereka buat beberapa tahun, bahkan sedekad atau lebih lama, tidak bekerja. Mungkin kerana mereka suri rumah atau menjaga orang tua dan sebagainya. Atau mungkin mereka juga melakukan pekerjaan yang tiada CPF seperti bekerja sendiri," kata Pensyarah Kanan Sekolah Ekonomi Universiti Sains Kemasyarakatan Singapura (SUSS).
Para penganalisis berkata bantuan tambahan boleh dihulurkan dalam bentuk tokokan wang tunai sekali sahaja.
Namun, itu hanyalah satu langkah sementara, kata mereka.
Cara lebih baik membantu golongan pekerja itu adalah memberi insentif kepada majikan supaya meningkatkan caruman CPF.
"Majikan, kita boleh melakar satu skim di mana, mungkin secara sukarela, syarikat-syarikat, pertubuhan-pertubuhan boleh membuat kadar caruman lebih tinggi. Kita boleh memberi insentif seperti pemotongan cukai. Atau secara lebih radikal - padanan daripada pemerintah, pihak ketiga, bagi sebahagian caruman ini. Maka, ia lebih daripada sekadar antara pekerja dengan majikan. Pada masa yang sama, tentu sekali kita perlukan semakan yang wajar," kata Profesor Madya Lawrence Loh dari Sekolah Perniagaan Universiti Nasional Singapura (NUS).
Menurut mereka lagi, ia bermakna membuat imbangan yang halus.
Iaitu memastikan ia bukan beban kewangan terhadap perniagaan dan memenuhi keperluan pekerja.
Namun demikian, pakar-pakar ekonomi menekankan bahawa para pekerja masih memikul tanggungjawab individu untuk memastikan mereka mempunyai simpanan CPF mencukupi bagi persaraan.
PM Lee berkata lebih banyak butiran akan dikongsikan semasa Rapat Umum Hari Kebangsaan pada 20 Ogos nanti.

Sumber : CNA/FA/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.