Paip rosak punca flat di Yishun dibanjiri air berlumpur, dedah PUB
Anggaran Waktu Membaca:
(Gamabr: Facebook/Derrick Goh Soon Hee)
SINGAPURA: Agensi air negara, PUB pada Jumaat (5 Mei) menyatakan kejadian di mana sebuah flat di Yishun dibanjiri air berlumpur berpunca daripada saluran paip ke unit tersebut yang pecah.
Dalam catatannya di Facebook, PUB menyifatkan insiden tersebut sebagai sesuatu yang "malang dan luar biasa".
Banjir tersebut berlaku pada Isnin (1 Mei) di unit aras lantai di Blok 401 Yishun Avenue 6 yang dimiliki sebuah keluarga lima beranak.
Sebuah paip bawah tanah berdekatan unit itu pecah, menyebabkan "air berlumpur" untuk memasuki unit berkenaan melalui paip di bilik mandi.
PUB menyatakan ia menjalankan siasatan bersama Majlis Bandaran Nee Soon (NSTC) untuk menentukan puncanya dan menemui "beberapa kerosakan pada paip saluran air unit tersebut".
Paip tersebut membawa air daripada unit tersebut ke sistem kumbahan awam.
"Apabila berlaku kebocoran pada paip air bawah tanah yang terletak betul-betul di sebelah unit itu pada 1 Mei, air daripada paip itu memasuki unit tersebut, mengakibatkan banjir," kata PUB.
Agensi itu menambah bahawa ia maklum keluarga tersebut "sangat tertekan kerana mereka sedang bersiap sedia untuk berpindah ke rumah mereka yang baru diubah suai".
"Selepas menangani kebocoran tersebut, pegawai-pegawai kami terus membantu keluarga tersebut untuk membersihkan rumah, bersama pekerja pembersihan dari NSTC," kata PUB.
Ia menambah bahawa keluarga itu diberi tempat tinggal sementara berdekatan supaya anak-anak mereka boleh terus pergi ke sekolah.
Anggota Parlimen (AP) Derrick Goh (PAP-Nee Soon) menulis dalam satu catatan di Facebook pada Jumaat bahawa unit itu sudah dibersihkan pada petang Isnin.
"Kami sedang berbincang dengan PUB untuk melihat jika bantuan tambahan dapat diberikan kepada keluarga itu," tambahnya.
Mengenai kerja-kerja pembaikan, PUB menyatakan ia akan menjalankan kerja-kerja pembaikan secepat mungkin dengan NSTC.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.