Paip minyak bocor: Kegiatan air, renang di Taman East Coast, pulau di selatan SG boleh disambung
Anggaran Waktu Membaca:

Pantai Taman East Coast di Singapura pada 17 Jul 2020. (Gambar fail: AFP/Roslan Rahman)
SINGAPURA: Berenang dan kegiatan air di Taman East Coast serta pulau-pulau di selatan Singapura boleh disambung semula.
Ini setelah satu kenyataan nasihat ditarik balik berikutan kebocoran paip minyak hujung minggu lalu.
Menerusi catatan Facebook pada Jumaat (25 Okt), Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) menyatakan tiada lagi minyak kelihatan di laut dan pantai sejak Ahad (20 Okt), apabila syarikat tenaga Shell pertama kali melaporkan tentang kebocoran pada paip sisanya, menurut NEA.
"Anda kini boleh berenang dan mengambil bahagian dalam kegiatan di pantai-pantai Taman East Coast, pulau Kusu, St John's dan Sekijang Pelepah," tambah agensi tersebut.
Sekitar 30 hingga 40 tan metrik "sisa" - iaitu campuran minyak dan air - bocor ke laut, menurut Shell pada Isnin (21 Okt).
NEA mengeluarkan kenyataan nasihat pada hari yang sama, memberi amaran kepada orang awam supaya mengelak daripada berenang dan melakukan sevarang kegiatan air secara langsung di kawasan terjejas sebagai langkah berjaga-jaga.
Langkah-langkah pembendungan tumpahan minyak juga dilaksanakan selepas kebocoran itu, yang berpunca daripada laluan paip Shell yang berpangkalan di darat antara Pulau Bukom dengan Bukom Kechil.
Pada Selasa (22 Okt), agensi-agensi Singapura menyatakan dalam satu kenyataan bersama bahawa kerja-kerja pembersihan minyak antara Pulau Bukom dengan Bukon Kechil menunjukkan kemajuan dan disasarkan selesai "dalam beberapa hari mendatang".
Menurut Shell, pada Selasa, kerja-kerja pembersihan itu berjalan dengan lancar.
"Kebanyakan minyak di sekitar Bukom sudah dibersihkan dengan hanya bahagian-bahagian kecil lapisan minyak di permukaan air di Pulau Bukom dan Bukom Kechil masih ada," menurut syarikat itu.
Shell juga menyatakan pihaknya masih belum menerima sebarang laporan baharu tumpahan minyak di laujtr dan pantai sejak Ahad.
"Kami sudah mengerahkan kapal-kapal dan menggunakan pelampung penyerap minyak untuk menghapuskan sebarang saki baki minyak di sekitar Bukom," menurut kenyataan tersebut.

Sumber : CNA
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.