Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pahit getir ibu bapa titipan dihargai, luah Dr Faishal

Mencurahkan kasih sayang kepada seseorang yang sama sekali asing dalam hidup bukanlah satu pilihan yang mudah. Namun, ada kanak-kanak yang mendahagakan kehangatan itu - terutama sekali mereka yang dianiaya, dipinggirkan atau dibuang sejak kecil lagi. 

Anggaran Waktu Membaca:
Pahit getir ibu bapa titipan dihargai, luah Dr Faishal

Petikan video Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga mengenai anak titipan.

SINGAPURA: Mencurahkan kasih sayang kepada seseorang yang sama sekali asing dalam hidup bukanlah satu pilihan yang mudah.

Namun, ada kanak-kanak yang mendahagakan kehangatan itu - terutama sekali mereka yang dianiaya, dipinggirkan atau dibuang sejak kecil lagi.

Meski hanya buat sementara, saat-saat dibelai ibu bapa titipan akan meninggalkan kesan mendalam pada diri mereka.

Jika anda menonton video yang merakam pengalaman menjaga anak titipan oleh Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF), anda pasti akan dapat merasakan pula kemanisan dan keperitan yang dialami oleh sesebuah keluarga titipan.

Anggota keluarga titipan saling mengisi kekosongan yang ada tetapi mereka mungkin akhirnya akan terpisah jika anak titipan pulang ke pangkuan ibu bapa kandung.

Maka itu, peranan seorang ibu bapa titipan adalah sesuatu yang begitu luar biasa.

Menerusi catatan Facebooknya pada Selasa (12 Mei), Setiausaha Parlimen Kanan MSF merangkap Pendidikan, Dr Muhammad Faishal Ibrahim memuji ketabahan para ibu bapa titipan yang kuat tekad dan terus memberi perlindungan kepada anak titipan, apatah lagi dalam tempoh 'circuit breaker' ini.

"Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada segolongan orang yang telah banyak berjasa – ibu bapa titipan yang telah menyumbang tenaga dan sumber mereka untuk menjaga anak titipan. Mereka berjiwa besar, kanak-kanak ini dapat terus diberikan tempat tinggal yang selamat sebagai rumah mereka," tulis Dr Faishal.

Beliau juga akur, tempoh pemutus rantaian jangkitan COVID-19 sememangnya "mencabar untuk kebanyakan keluarga".

"Namun ibu bapa titipan tetap tabah dan terus memberikan sokongan dan perlindungan kepada anak titipan," tambahnya.

Mereka yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang pengambilan anak titipan atau Skim Keluarga Titipan boleh melungsuri laman ini

"Semoga kita beroleh keberkatan di bulan Ramadan yang mulia ini!" tulis Dr Faishal sebelum mengakhiri catatannya. 

Sumber : BERITA Mediacorp/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan