Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Padang golf terbaru di Sime Road terima sambutan menggalakkan; lebih 95% tempahan awal diterima

Anggaran Waktu Membaca:
Padang golf terbaru di Sime Road terima sambutan menggalakkan; lebih 95% tempahan awal diterima

(Gambar: Instagram/keppelclub)

Diterbitkan : 18 Mar 2023 09:23PM Dikemas Kini : 18 Mar 2023 09:30PM
SINGAPURA: Lokasi baru Keppel Club di Sime Road menyaksikan minat kukuh orang awam, dengan lebih 95 peratus tempahan awal telah diterima.

Kelab golf tersebut ingin menggalak lebih ramai orang terlibat dengan sukan itu, terutama dalam kalangan orang muda.

Ini merupakan antara fokus utama Keppel Club menjelang sambutan ulang tahunnya yang ke- 120 pada tahun depan.

Ia merupakan satu lembaran baru bagi kelab golf yang diasaskan pada 1904 itu.

Pemindahan ke Sime Road setelah lebih satu kurun berada di Bukit Chermin, serta membuka padang golfnya kepada mereka yang bukan anggota, disifatkan sebagai satu lembaran baru.

Pemindahan ke lokasi baru turut bermakna, memanfaatkan teknologi dan inovasi bagi operasi kelab golf itu.

Namun begitu, beberapa nilai dan tradisi lama Keppel Club akan terus dikekalkan.

"Tumpuan kepada usaha mencungkil bakat muda serta pengembangan profesional sukan golf adalah sesuatu yang kita perlu terus melabur. Namun yang paling penting, Keppel terkenal kerana aktif dalam masyarakat." ujar Menteri Pengangkutan S Iswaran.
Sumber : CNA/IQ/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan