Padang diwartakan sebagai monumen negara ke-75 pada Hari Kebangsaan S'pura
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Padang bakal diwartakan pada Hari Kebangsaan (9 Ogos) sebagai monumen negara ke-75 Singapura kerana "kepentingan nasional, sejarah dan sosialnya yang kukuh".
Demikian menurut Lembaga Warisan Negara (NHB) pada Isnin (8 Ogos).
Ini akan menjadikan Padang sebagai ruang hijau terbuka yang pertama untuk dipulihara dan diberi perlindungan tahap tertinggi di Singapura di bawah Akta Pemuliharaan Monumen, tambah agensi itu.
"Dengan pewartaan ini, ciri-ciri dan keterampilan Padang akan dipelihara untuk generasi-generasi akan datang sementara memastikan bahawa semua kegunaan semasa diteruskan," menurut NHB.
Sejak kewujudan Padang pada 1822, tapak bersejarah itu sudah dikaitkan dengan peristiwa-peristiwa penting dalam sejarah Singapura. Ini termasuk Hari Kebangsaan Singapura yang julung-julung kalinya diadakan pada 9 Ogos 1966 dan setiap perbarisan selanjutnya sehingga ke tahun 1975.
Padang juga terus berfungsi sebagai ruang utama buat rekreasi awam, perayaan dan beberapa acara sukan selama bertahun-tahun.
Menyusuli pewartaan Padang, NHB akan meningkatkan kesedaran dan penghargaan terhadap kepentingan Padang dalam sejarah Singapura menerusi beberapa insiatif yang bakal dilancarkan pada Ogos. Ini termasuk beberapa lawatan dan permainan interaktif untuk para pelajar serta masyarakat awam.
"Pewartaan Padang mencerminkan usaha berterusan kami untuk mempertingkatkan pemuliharaan dan mempromosikan tempat-tempat serta ruang-ruang yang mempunyai kepentingan kepada Singapura," kata Pengarah Pemuliharaan Tapak dan Monumen NHB Jean Wee.
"Bersama-sama dengan 74 Monumen Negara lain, ia akan menyumbang kepada kerencaman budaya dan seni bina bangunan warisan negara kita selain diraikan sebagai antara tempat yang melambangkan Singapura dan rakyatnya."

Sumber : CNA/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.