Padam kebakaran, jalani ujian: Apa yang dijalani NSF sebagai sebahagian daripada kursus bomba
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: CNA/Marcus Mark Ramos)
SINGAPURA: Sekitar 500 Anggota Perkhidmatan Negara Sepenuh Masa (NSF) menjalani latihan untuk menjadi anggota bomba setiap tahun.
Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) menyatakan, anak-anak muda ini memainkan peranan yang sama pentingnya seperti pegawai lain.
Ujian ketangkasan dan sinergi bersama pasukan, serta latihan asas bagi anggota-anggota bomba.
Inilah yang dijalani mereka yang paling cergas dalam SCDF selama empat minggu pertama kursus anggota bomba yang diadakan selama tiga bulan.
Selain mempelajari kemahiran asas memadam kebakaran, para anggota bomba NSF juga mempelajari selok-belok bertindak balas terhadap operasi menyelamat dan berurusan dengan benda-benda berbahaya.
Ini demi mempersiapkan mereka menghadapi apa jua cabaran.
Sama ada memasang hos air di dalam kapal ataupun memadamkan api di tempat yang sempit, para pelatih ini sentiasa diperhatikan.
Jurulatih mereka juga sedia mengawal kekuatan api.
Terdapat juga butang kecemasan untuk menghentikan latihan dan kawasan-kawasan latihan boleh diubah untuk mengikut pelbagai senario.
Keselamatan dan latihan para anggota bomba NSF menjadi tumpuan baru-baru ini selepas seorang anggotanya terkorban ketika operasi memadamkan kebakaran di Henderson.
Meskipun siasatan sedang dijalankan, Menteri Negara Dalam Negeri, Dr Muhammad Faishal Ibrahim mendedahkan di Parlimen bahawa laluan masuk kereta bomba menuju ke tempat kejadian dihadang oleh sebuah khemah upacara kematian.
Ini melengahkan operasi bomba selama 18 minit.

Sumber : CNA/IA/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.