PacificLight Power bakal bina loji janakuasa hidrogen di Pulau Jurong
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: PacificLight Power (PLP) pada Jumaat (3 Jan) menyatakan bahawa ia sudah menerima kelulusan daripada pemerintah Singapura untuk membina sebuah loji janakuasa hidrogen di Pulau Jurong.
Projek tersebut adalah sebahagian daripada rancangan Singapura untuk mengurangkan penggunaan karbon pada loji janakuasanya, yang kebanyakannya bergantung kepada gas asli untuk menjana kuasa.
Dengan kebenaran Penguasa Pasaran Tenaga (EMA), PLP akan membina, memiliki dan mengendalikan kemudahan turbin gas kitaran gabungan hidrogen untuk membekalkan sekurang-kurangnya 600 megawatt (MW) kuasa mulai Januari 2029, tulis syarikat itu dalam satu kenyataan.
Singapura kini mempunyai sebuah kemudahan CCGT dimiliki PLP, yang sudah beroperasi sejak 2014 dengan kapasiti 830 MW.
Kemudahan baharu itu yang akan dibangunkan di atas tapak yang tidak mempunyai pembangunan, akan dapat menggunakan sekurang-kurangnya 30 peratus hidrogen pada awalnya, dan 100 peratus hidrogen pada masa hadapan, dan juga akan merangkumi Sistem Penyimpanan Tenaga Bateri berskala besar (BESS), tambah syarikat itu.
Tapak tersebut boleh menempatkan unit CCGT kedua dan boleh menyepadukan teknologi pengumpulan, penggunaan dan penyimpanan karbon (CCUS) pada masa hadapan.
PLP juga sedang membina unit penjanaan kuasa 'Fast Start' untuk membekalkan kuasa 100MW menjelang suku kedua 2025.
Unit sedemikian boleh meningkatkan pengeluaran kuasa dalam tempoh yang singkat untuk memastikan bekalan kuasa berterusan jika berlaku kejadian yang tidak dijangka.
Dengan kerjasama syarikat Indonesia Medco Power Global dan syarikat pelaburan berpangkalan di Singapura, Gallant Venture, PLP juga sedang membangunkan projek untuk mengimport kuasa suria sebanyak 600MW dari Pulau Bulan, Indonesia, ke Singapura.
PERMINTAAN ELEKTRIK MENINGKAT
Permintaan elektrik Singapura meningkat secara stabil sejak beberapa tahun kebelakangan ini, didorong oleh industri yang menggunakan kuasa yang banyak, seperti perkilangan maju, ekonomi digital dan sektor pengangkutan yang sudah beralih kepada penggunaan elektrik, tulis EMA dalam kenyataan media pada Jumaat.
Kira-kira 95 peratus tenaga elektrik Singapura kini dijana menggunakan gas asli yang diimport. Meskipun demikian, ia perlu menjadi lebih hijau untuk memenuhi sasaran iklim negara untuk mencapai pelepasan sifar bersih menjelang 2050.
Singapura dijangka mempunyai sekurang-kurangnya sembilan loji janakuasa hidrogen menjelang 2030. Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) sebelum ini menyatakan bahawa hidrogen boleh membekalkan sehingga separuh daripada keperluan Singapura menjelang 2050.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.