PA terbitkan buku kanak-kanak Chingay dalam 4 bahasa, lancarkan Program Pencerita Buku Kanak-kanak
Anggaran Waktu Membaca:
New: You can now listen to articles.
This audio is generated by an AI tool.
SINGAPURA: Buat julung-julung kalinya, buku tentang perarakan Chingay diterbitkan dalam empat bahasa rasmi Singapura.
Buku 'My Little Chingay Float' pertama kali diterbitkan dalam bahasa Inggeris pada Ogos lalu.
Kini ia diterbitkan pula dalam bahasa Melayu, Mandarin dan Tamil.
Versi bahasa Melayu telah diterjemahkan dengan sokongan Majlis Penyelaras Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu (MESRA) dan Lembaga Warisan Negara (NHB).
Buku itu menceritakan tentang watak kanak-kanak, Meena yang bercita-cita ingin mengikuti perarakan Chingay bersama kereta berhiasnya.
Edisi bahasa ibunda buku kanak-kanak dilancarkan oleh Menteri Negara Kanan, bagi Kebudayaan, Masyarakat dan Belia merangkap Perdagangan dan Perusahaan, Low Yen Ling di Perpustakaan Negara pada Ahad (24 Mei).

Cik Low menekankan bahawa buku itu bukan sekadar buku kanak-kanak tetapi padat dengan unsur-unsur nilai dan warisan.
"(Buku ini) adalah satu cara untuk keluarga dan masyarakat bersama menurunkan warisan, nilai-nilai, dan cerita-cerita kita kepada generasi seterusnya," kata Cik Low dalam ucapannya.
"Dalam memupuk nilai-nilai budaya, kita perlu sampaikannya menerusi bahasa-bahasa ibunda," kata beliau.
3,000 naskhah buku itu akan diedarkan kepada prasekolah-prasekolah yang berminat. Buku-buku tersebut juga akan disediakan di perpustakaan awam.
Ibu bapa juga boleh mengakses buku tersebut menerusi versi buku elektronik untuk anak-anak mereka.
PROGRAM PENCERITA SEMPENA PELANCARAN BUKU 'MY LITTLE CHINGAY FLOAT'
Di acara itu juga, Cik Low melancarkan Program Pencerita Buku Kanak-Kanak Chingay untuk menghidupkan buku ‘My Little Chingay Float’.
Inisiatif tersebut disokong NHB dan Universiti Sains Kemasyarakatan Singapura (SUSS).
Para sukarelawan di bawah program itu akan mengendalikan sesi-sesi bacaan buku di prasekolah, perpustakaan-perpustakaan awam dan acara-acara kemasyarakatan.
Antara mereka termasuk Encik Hassan Mulyadi Mohamed yang juga merupakan seorang pendidik.
Minat beliau terhadap Chingay bermula sejak beliau berusia 9 tahun lagi apabila beliau dibawa untuk menonton perarakan Chingay secara langsung.

"Chingay itu penting kerana ia menghadirkan kepelbagaian budaya di Singapura," kata beliau.
"Daripada pengalaman saya, saya ingin mengembalikan memori-memori saya sebagai penonton Chingay. Menerusi buku cerita ini, saya dapat mengingat kembali memori-memori itu dan juga menceritakan apa itu Chingay kepada anak-anak kecil," ujar beliau lagi.
KERJASAMA DENGAN BADAN-BADAN MELAYU/ISLAM UNTUK GALAK PENGGUNAAN BAHASA MELAYU

Dalam pada itu, buku 'My Little Chingay Float' versi Melayu akan dihidupkan dalam sesi-sesi penceritaan anjuran Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu (MAEC) di bawah naungan MESRA.
Menurut Pengerusi MESRA, Amatul Jameel Suhani Sujari, kumpulan itu akan memulakan sesi-sesi penceritaan buku 'My Little Chingay Float' pada Bulan Bahasa 2026 yang akan berlangsung dari 14 Ogos hingga 11 Oktober ini.

"Bagi pihak MESRA, kami telahpun menguar-uarkan tentang penerbitan buku ini kepada 102 jawatankuasa MAEC di serata Singapura," jelas beliau.
"Ini adalah sebahagian daripada (usaha) kami untuk anak-anak muda (dan) generasi akan datang mewarisi tradisi kita iaitu Chingay dalam bahasa ibunda yang dekat dengan mereka," tambah beliau.
Setelah tamatnya Bulan Bahasa 2026, buku itu akan terus digunakan dalam acara-acara membaca bersama masyarakat yang bakal dianjurkan oleh MESRA sepanjang tahun ini.
Selain MESRA, buku 'My Little Chingay Float' akan turut digunakan oleh MENDAKI dalam program ReadySetLearn (RSL) Language Explorer, yakni sebuah program literasi bahasa Melayu dan Inggeris yang bertujuan untuk memperkasa ibu bapa dalam memupuk minat membaca anak-anak mereka.

WARGA EMAS JADI PENCERITA UNTUK KANAK-KANAK
Warga emas daripada Pusat-Pusat Penuaan Aktif (AAC) termasuk Lion Befriender dan Vanguard Healthcare juga membentuk sebahagian daripada para sukarelawan pencerita buku 'My Little Chingay Float' itu.
Ini termasuk sukarelawan paling berusia - Cik Lee Ah Wah, 81 tahun.

Para sukarelawan warga emas yang dilatih oleh SUSS itu akan mengunjungi prasekolah-prasekolah untuk mengendalikan sesi bercerita dalam bahasa ibunda.
Mereka juga akan menjemput keluarga-keluarga ke AAC untuk sesi-sesi bercerita antara generasi.
Sejauh ini, seramai 50 sukarelawan termasuk sekitar 10 sukarelawan Melayu, sudahpun dilatih dalam teknik penceritaan menerusi Program Pencerita Buku Kanak-Kanak Chingay.
Pada Mac 2025, Singapura dan Malaysia mencalonkan 'Chingay' untuk disertakan ke dalam senarai Warisan Budaya Tidak Ternilai UNESCO.
Keputusan dijangka akan diumumkan pada penghujung 2026.

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.