Skip to main content

Singapura

PA rai Hari Kebangsaan dengan hasilkan video, pamer karya seni di blok HDB

Persatuan Rakyat (PA) meraikan Hari Kebangsaan dengan menghasilkan video-video dan mempamerkan karya-karya seni di blok-blok HDB.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 08 Aug 2020 08:17PM Dikemas Kini : 14 Aug 2020 10:54AM

SINGAPURA: Persatuan Rakyat (PA) meraikan Hari Kebangsaan dengan menghasilkan video-video dan mempamerkan karya-karya seni di blok-blok HDB.

Seramai 120 peserta terlibat dalam penghasilan video-video tersebut.

Ini jauh berbeza berbanding 400 peserta yang lazimnya membuat persembahan di NDP sebelum ini.

Pandemik COVID-19 juga bermakna sambutan di kawasan-kawasan kejiranan, persembahan pentas dan karnival tidak akan diadakan tahun ini.

Menurut PA, video itu meraikan kemenangan semangat manusia dan ketabahan seluruh negara bersatu untuk melawan segala cabaran dan muncul lebih kuat.

Pentas tahun ini juga berbeza bagi 70 peserta ini terutama sekali mereka yang sudah biasa dengan acara tahunan NDP.

Bagi Cik Diyanah Sulaiman yang antara lain melakukan tarian solo dalam rakamannya itu, beliau mencuba lebih 23 kali sebelum berjaya mendapatkan rakaman video yang terbaik.

Video itu sudah ditonton hampir 6,500 orang dalam masa seminggu sejak ia dimuat naik di wadah-wadah media sosial rasmi awal minggu lalu.

Sebuah lagi video yang melibatkan 50 orang akan dimuat naik hujung minggu ini. 

Sumber : CNA/SY/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita