PA mesti perbaharui usaha tarik minat lebih ramai warga SG & terus dampingi belia, kata DPM Wong
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Sebagai sebahagian daripada usaha untuk memperbaharui dan menyegarkan program-programnya, Persatuan Rakyat (PA) boleh melakukan lebih banyak lagi untuk menarik lebih ramai rakyat Singapura yang berminat untuk menyumbang kepada masyarakat, menurut Timbalan Perdana Menteri Lawrence Wong pada Sabtu (29 Okt).
Untuk memupuk dalam diri mereka tabiat untuk melibatkan diri, PA boleh menyediakan wadah-wadah yang menjangkaui struktur akar umbi yang sedia ada dan menawarkan peluang-peluang yang kurang berstruktur dan lebih fleksibel.
Berucap di acara Seminar Masyarakat 2022 anjuran PA di Hab Tampines Kita, Encik Wong berkata PA adalah bahagian penting dalam gerakan "Melakar Hala Tuju Singapura" - untuk mendampingi rakyat Singapura tentang bagaimana untuk memperbaharui dan mengemas kini kompak sosial dan memastikan Singapura kekal sebagai masyarakat yang mempunyai tahap kepercayaan yang tinggi .
Meskipun PA sinonim dengan kegiatan-kegiatan dan acara-acara kemasyarakatan di estet-estet perumahan di Singapura, tugas PA bukan setakat sebagai penganjur acara saja. Sebaliknya, acara-acara setakat kaedah untuk mencapai matlamat yang lebih penting, iaitu membina masyarakat yang bersatu padu.
SKIM RELAWAN MASYARAKAT
Satu cara adalah dengan PA bekerja rapat bersama dengan Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) dalam mewujudkan peluang-peluang untuk para penduduk memainkan peranan aktif dalam menghidupkan ruang-ruang bersama di kawasan-kawasan kejiranan, jelas Encik Wong.
Bagi menyokong lebih ramai penduduk dengan minat yang pelbagai untuk terlibat sama dalam masyarakat, PA akan memperkenalkan Skim Relawan Masyarakat.
Menurut PA dalam kenyataan medianya pada Sabtu (29 Okt), skim tersebut akan memberikan mereka kelonggaran untuk memilih kerja-kerja sukarela yang ingin dilakukan dan menetukan tahap komitmen masing-masing dalam menjalankan kerja-kerja kemasyarakatan.
PA kemudian akan memadankan para relawan dengan peluang-peluang yang tersedia atau bekerja rapat dengan mereka untuk mengenal pasti keperluan masyarakat dan memudahkan projek-projek yang dijalankan.
Bermula tahun depan, PA akan melaksanakan inisiatif tersebut secara bertahap-tahap dan menawarkan geran sehingga S$1,000 bagi setiap projek untuk terus menyokong usaha para sukarelawan.
Para individu atau kumpulan yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang Skim Relawan Masyarakat boleh mengunjungi mana-mana kelab masyarakat atau balai rakyat.
"Kita mesti sentiasa memenuhi aspirasi penduduk kita, maju bersama mereka. Dan juga penting untuk melihat bagaimana kita boleh memahami mereka dengan lebih baik, terutamanya dalam persekitaran pasca pandemik," kata Timbalan Pengerusi PA, yang juga adalah Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia Edwin Tong.
Salah satu cara untuk PA memperbaharui usahanya adalah dengan kekal relevan dengan golongan belia Singapura, ujar Encik Wong.
Maka itu, penting untuk PA menghargai belia Singapura sebagai "rakan-rakan perubahan", tambah Encik Wong.
Ini bermakna bahawa PA bukan sahaja harus mendampingi para belia, bahkan menunjukkan bahawa kita percaya pada kebolehan mereka dan mereka diperkasa untuk memikul tanggungjawab itu. Dengan itu, mereka dapat menerajui projek masing-masing dan menggalas tanggungjawab kepimpinan yang lebih besar dalam masyarakat.
Encik Wong turut menekankan betapa pentingnya PA mempergiatkan usaha untuk mencapai kesepakatan di tengah-tengah kepelbagaian yang wujud dalam masyarakat.
HUBUNGAN PENTING
Encik Wong turut menarik perhatian bahawa PA memainkan peranan sebagai hubungan penting antara Pemerintah dengan orang ramai, selain bertanggungjawab menyatu kawasan-kawasan kejiranan di merata Singapura.
"Pemimpin dan penasihat akar umbi harus terus mendengar dan menyampaikan maklum balas penduduk kepada Pemerintah bagi memastikan dasar-dasar kita kekal relevan," kata beliau.
"Dan anda membantu untuk menerangkan rasional di sebalik dasar-dasar negara dan tolak ansur yang diperlukan untuk mengimbangi keperluan dan kemahuan kumpulan-kumpulan yang berbeza dalam membantu semua orang memahami matlamat bersama yang sedang diusahakan."

Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.