Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

PA MESRA, MAEC & IAEC suntik keceriaan buat penduduk Pasir Ris jelang Tahun Baru Cina

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Kemeriahan Tahun Baru Cina yang hampir tiba semakin dirasakan dengan persiapan menyambut perayaan itu dipaparkan di kawasan-kawasan perumahan serta juga pusat beli belah.

Sekurang-kurangnya 300 penduduk berbilang kaum di kawasan Pasir Ris dapat merasakan semangat perayaan tersebut dengan agihan limau serta beg perayaan pada pagi Sabtu (14 Jan).

Para sukarelawan Majlis Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu Persatuan Rakyat (MESRA), Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu (MAEC) dan Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan India (IAEC) menggembleng tenaga buat kali pertama di kawasan Pusat Beli Belah White Sands dan stesen MRT Pasir Ris untuk mengagihkan beg perayaan.

Inisiatif tersebut adalah sebahagian daripada kempen PA MESRA yang dinamakan #MesraBergongxi.
(Gambar: GRO Pasir Ris-Punggol)
"Saya gembira kita mengadakan acara #MesraBergongxi, selain daripada mengagihkan limau kepada penduduk," kata Sharael Taha, Penasihat Akar Umbi Pertubuhan Akar Umbi (GRO) Pasir Ris-Punggol.

"Kami juga mengadakan media sosial, mengambil gambar untuk menunjukkan, walaupun kita berbeza kaum, kita bersatu sebagai satu warga negara Singapura," ujar Encik Sharael.

Beliau turut berkata acara sedemikian dapat memperkukuhkan jalinan saling menghormati dan persefahaman antara kaum di Singapura dan berharap lebih banyak sukarelawan dapat menyingsing lengan untuk bersama-sama menjayakan perayaan lain pada masa hadapan.
(Gambar: GRO Pasir Ris-Punggol)
Pengerusi MAEC, Mohamad Faisal Abnass turut berharap dengan menjalankan inisiatif sedemikian, ia dapat mengeratkan lagi silaturahim dalam kalangan penduduk di Pasir Ris.

Harapan yang sama dilahirkan Pengerusi IAEC, Saravanan M Goviindasamy.
Mohamad Faisal Abnass (Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu) (kiri) Saravanan M Goviindasamy (Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan India) (Gambar: Nurfazirah Azman)
"Secara keseluruhan, ia adalah inisiatif yang baik. Kami bekerjasama dengan MAEC, MESRA dan IAEC sebagai satu kumpulan untuk merayakan Tahun Baru Cina dengan memberikan limau kepada penduduk di Pasir Ris.

"Ia adalah Sabtu yang memuaskan dan kami berharap dapat bekerjasama lagi pada masa hadapan," katanya. 
(Gambar: GRO Pasir Ris-Punggol)
Sumber : BERITA Mediacorp/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan