PA MESRA bawa keceriaan perayaan kepada lebih 7,000 penduduk melalui #MESRABergongxi
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Lebih 7,000 penduduk dari pelbagai latar belakang menerima agihan limau mandarin menerusi inisiatif tahunan #MESRABergongxi sempena sambutan Tahun Baharu Cina.
Program anjuran Persatuan Rakyat MESRA itu menghimpunkan lebih 200 sukarelawan Melayu/Islam daripada 50 Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu (MAEC) di seluruh negara yang mengagihkan limau mandarin sebagai simbol kemakmuran tahun baharu.
Inisiatif silang budaya itu mencerminkan semangat keharmonian kaum di Singapura, dengan para sukarelawan meraikan perayaan bersama jiran tetangga daripada masyarakat lain.
Penganjur berharap pendekatan tersebut dapat terus memperkukuh hubungan antara masyarakat dalam suasana muhibah.
Para penasihat kepada GRC Marine Parade-Braddell Heights, Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam Dr Muhammad Faishal Ibrahim dan Diana Pang serta 30 relawan MESRA, Belia MESRA, MAEC Kembangan-Chai Chee serta MAEC Geylang Serai turut serta dalam satu sesi agihan di stesen MRT Eunos pada Sabtu (21 Feb).

Sebanyak 888 set limau mandarin diagihkan kepada para penumpang dan penduduk di kawasan itu.
Pengerusi penganjur inisiatif #MESRABergongxi, Norami Aliza Haron, berkata tradisi tahunan tersebut bertujuan mengingatkan masyarakat tentang kepentingan saling meraikan perayaan.
Beliau turut menzahirkan penghargaan terhadap komitmen para sukarelawan, termasuk golongan belia yang terus memainkan peranan aktif dalam program itu.
Bagi para sukarelawan, penyertaan dalam program ini memberi peluang untuk berinteraksi dengan masyarakat berbilang kaum.
"Saya rasa program ini sangat indah kerana ia berlangsung bertepatan dengan bulan Ramadan. Kami dapat meraikan kedua-duanya sekali. Bagi saya, pengalaman paling bermakna adalah melihat senyuman penerima ketika kami mengagihkan limau," kata Anggota Belia MESRA, Haira Hairu, 27 tahun.
Beliau menambah, penglibatan belia dalam inisiatif silang budaya seperti ini penting dalam usaha mengekalkan keharmonian masyarakat.
"Pada pandangan saya, penglibatan belia dalam program silang budaya seperti ini menunjukkan bahawa sebagai rakyat Singapura, kami mampu meraikan perayaan dan tradisi antara satu sama lain dengan penuh hormat dan semangat kebersamaan. Ia bukan sahaja mengukuhkan keharmonian kaum, malah membantu membentuk identiti bersama yang saling memahami," ujar Haira.
Inisiatif #MESRABergongxi berlangsung dari 12 hingga 27 Februari 2026.

Sumber : BERITA Mediacorp/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.