PA mahu tingkatkan penglibatan, perkasa komuniti dalam pelan Masyarakat 2030
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Sebuah bangsa yang prihatin terhadap masyarakatnya.
Inilah visi terbaharu Persatuan Rakyat (PA), yang bertujuan untuk meningkatkan penglibatan masyarakat.
Ini termasuk menarik lebih ramai sukarelawan serta satu piagam baharu untuk golongan belia.
Pengerusi PA, Perdana Menteri Lawrence Wong sertai Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia Edwin Tong untuk melancarkan pelan baharu Masyarakat 2030.
Menurut Encik Tong, peralihan ini menyusuli cabaran yang dihadapi PA berhubung keberkesanan usaha membangunkan masyarakat.
Selain berkhidmat kepada penduduk, PA mahu melakukan lebih lagi dengan memperkasakan mereka.
Encik Tong berkata: "Singapura yang prihatin, bermakna masyarakat yang penyayang, yang lebih baik hati dan lembut serta bersedia untuk mengukur kejayaan berdasarkan cara kita menjaga mereka yang paling lemah dalam masyarakat, bukannya sejauh mana kita boleh capai peringkat teratas.
"Jika kita boleh lakukan semua itu, kita mampu membina Singapura yang lebih bersatu, lebih berdaya tahan."
Piagam belia pula akan menggalakkan lebih ramai anak muda untuk tampil berkhidmat dalam isu-isu yang menjadi keprihatinan mereka.
Peningkatan kepada 750 pusat Rangkaian Penduduk bagi membolehkan mereka mengakses kemudahan secara digital, dijangka selesai menjelang 2026.
Satu kerjasama antara GovTech dan PA juga bakal menyediakan portal bagi para penduduk menikmati akses lebih mudah kepada berita dan peluang kemasyarakatan yang terkini.

Sumber : CNA/IA/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.